makan

Lebih 11K 'Shares', Gadis Ini Kongsi Resepi Kek Coklat Ala Mr Bean. So Cantik!

Kek ini simple dan confirm jadi. Anak-anak pasti suka, chef's kiss!

Cover image via @muhdnqiuddin (Twitter) & @nahlahrsl (Instagram)

What? Coklat kek? Mr. Bean? I'm a fan!

Jika anda selalu tengok animasi Mr. Bean dulu, mesti terliur tengok Mr. Bean curi kek coklat Mrs. Julia Wicket kan? 

Haaa, jangan curi pulak ya, jom buat sendiri. Ikuti resepi gadis yang berbakat ini. Pemilik akaun Twitter @nahlahrsl ini kongsikan pelbagai resepi kek lain yang menarik. 

Ayuh jadikan kek Mr.Bean ini juadah untuk dihidangkan sekeluarga. Anak siapa yang minat Mr.Bean tu, tunggu apa lagi? Jom buat kejutan untuk mereka!

Antara bahan yang diperlukan:


Kek

  • 260 gram tepung serbaguna
  • 50 gram serbuk koko
  • 8 gram baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 gram gula kastor
  • 180ml buttermilk
  • 160ml minyak sayuran
  • 85 gram sour cream atau plain yogurt
  • 3 eggs (Gred A atau B)
  • 250ml kopi (panas)
  • 1 sudu teh vanila
Chocolate Ganache Frosting
  • 240 gram dark chocolate
  • 30 gram butter
  • 80ml whipping cream
Chocolate Ganache Glaze
  • 90 gram white chocolate
  • 10 gram dark chocolate
  • 50ml whipping cream

Cara penyediaan:

Chocolate Ganache Frosting 
1. Campurkan bahan-bahan Chocolate Ganache Frosting dan panaskan dalam microwave selama 1 minit. Kemudian, keluarkan dan gaul. Selepas itu, masukkan ke dalam microwave semula selama 1 minit.
2. Tutupkan dengan plastik dan sejukkan pada suhu bilik selama 1-2 jam.


Kek
1. Sapukan butter ke atas permukaan loyang. Taburkan serbuk koko ke atas loyang
2. Ayakkan semua bahan kek dan masukkan gula kastor. 
3. Masukkan buttermilk, minyak sayuran dan sour cream atau plain yogurt, telur dan kopi panas, dalam adunan. Pukul sehingga rata dan masukkan dalam loyang. 
4. Bakar pada suhu 170°C selama 30-35 minit.


Chocolate Ganache Glaze
1. Masukkan bahan-bahan Chocolate Ganache Glaze dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.
2. Keluarkan dan gaul sehingga sebati.
3. Sejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.

4. Sapukan adunan Chocolate Ganache Frosting ke atas semua permukaan kek. 
5. Letakkan adunan Chocolate Ganache Glaze sebagai topping. 

Jeng...jeng...jeng...tengoklah hasilnya, sama kan?

Image via imgur.com

Emm, sedapnyaaa kek ini, nampak moist dan gebu! Sama macam apa yang dibayangkan masa kecil dulu.

Resepi penuh : @nahlahrsl

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out resepi kek yang lain:

You may be interested in: