makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Red Velvet Oreo Cheesecake Hanya Guna 7 Bahan!

Jom cuba hasilkan resepi kek Red Velvet Oreo Cheesecake ini!

Cover image via Rosmaliza Omar / Facebook

Gabungan Oreo dan kek keju sememangnya lazat dan menjadi kegemaran ramai!

Image via biteitquick

Tetapi bagaimana dengan biskut Oreo perisa Red Velvet dan kek keju? Pasti lebih sedap! Dengan menggunakan biskut Oreo perisa Red Velvet, kek anda juga semestinya mempunyai rasa keju yang lebih mantap.

Resepi Red Velvet Oreo Cheesecake ini juga mudah untuk disediakan kerana hanya menggunakan tujuh bahan sahaja. Jom cuba? :D

Untuk resepi Red Velvet Oreo Cheesecake yang ringkas dan confirm sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Rozmaliza Omar yang telah mendapat sebanyak 2.3k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan bes Oreo

  • 2 bungkus biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
  • 1/4 cawan mentega (dicairkan)
Bahan-bahan kek
  • 500 gram krim keju
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan yogurt (tanpa perisa)
  • 2 biji telur gred A
  • 15 keping Oreo perisa Red Velvet (dipatah empat)

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

1. Kisarkan biskut Oreo (tanpa krim) sehingga menjadi halus.

2. Gaulkan Oreo kisar dengan butter yang dicairkan sehingga rata.

3. Masukkan ke dalam loyak bulat 8" yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas minyak.

4. Tekankan bes Oreo dan mentega sehingga padat.

5. Kemudian, bakarkan bes Oreo selama 15 minit pada suhu 160°C. Angkat dan ketepikan.
6. Untuk kek pula, putarkan krim keju, gula dan esen vanila hingga sebati.

7. Seterusnya, masukkan yogurt dan pukul sehingga rata.

8. Pecahkan telur satu demi satu dan gaul sehingga sebati.

9. Masukkan Oreo yang sudah dipatah empat dan gaul menggunakan spatula sehingga rata.
10. Menggunakan teknik steam bake atau water bath, balutkan loyang anda dengan pembalut aluminium dan letakkan loyang di dalam loyang yang lebih besar.

11. Kemudian, masukkan kek ke dalam ketuhar. Penuhkan loyang yang paling besar dengan air panas.

12. Seterusnya, bakarkan kek selama 45 hingga 50 minit pada suhu 150°C.

Apabila kek Red Velvet Oreo Cheesecake sudah siap, anda boleh hias mengikut cita rasa anda. Tambahkan krim putar dan serbuk biskut Oreo perisa Red Velvet. Memang nikmat!

Sumber resepi: Rozmaliza Omar

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: