makan

Resepi Roti Bakar Pisang Ala Banana Kaya Domino's Yang Simple. Settle Minum Petang!

Tak tipu, level sedap tu sama macam pizza Domino's.

Cover image via Siti Nur Baini (Facebook)

Selalu buat roti bakar je untuk minum petang, letak marjerin dan kaya pastu dah.

Haa, apa kata kita buat roti bakar special sikit? Letak pisang...jom cuba!

Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Crunchy dan manis-manis, emm sedapnya! Tunggu apa lagi? Jom...

Bahan yang diperlukan:

  • Marjerin atau mentega
  • Telur
  • Pisang
  • Gula atau Kaya
  • Roti

Cara penyediaan:

1. Mula-mula sapukan marjerin atau mentega pada kedua-dua permukaan roti (depan dan belakang).

2. Kemudian, pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur di atas bahagian depan roti.

3. Susunkan pisang yang telah dihiris atas roti.

4. Sapukan bahagian depan roti sekali lagi dengan telur.

5. Taburkan sedikit gula atas roti.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175°C selama 20 minit.

Yay, dah siap roti bakar pisang crunchy dan manis! Serupa Domino's...

Kredit resepi: Siti Nur Baini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Resepi minum petang yang simple: