Pisang Goreng, Cucur Ikan Bilis & 5 Lagi Resepi Hidangan Minum Petang Yang Simple & Sedap
Koleksi hidangan minum petang yang ringkas, sedap dan pasti akan meningkatkan selera keluarga.
1. Roti Puding Coklat
Untuk resepi yang mudah dan memuaskan, anda wajib cuba resepi Puding Roti Coklat ini. Anda hanya perlukan 6 bahan asas dapur yang murah seperti roti putih, telur dan susu. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sesuai untuk anda yang ingin berjimat kerana bahan-bahannya murah sahaja!
Dapatkan resepi Roti Puding Coklat di sini.
2. Thai Red Ruby Dessert
Thai Red Ruby Dessert ini bukan sahaja enak, malah resepi nya juga mudah untuk dibuat! Hidangkan untuk minum petang ataupun sebagai pencuci mulut dan pasti keluarga anda mahukan lagi. Makan pula pada hari yang panas, fuhhh layan!
Dapatkan resepi Thai Red Ruby Dessert di sini.
3. Donat Indomie
Jika anda inginkan kelainan untuk menu di petang hari, anda boleh cuba resepi Donat Ibumie yang telah viral ini. Donatnya yang empuk lagi menyelerakan amat sesuai untuk dihidang bersama teh o panas ataupun kopi. Resepinya juga amat mudah untuk di buat semula. Apa lagi? Jom cuba!
Dapatkan resepi Donat Indomie di sini.
4. Pengat Labu
Untuk menu minum petang yang guarantee disukai ramai, cuba lah resepi Pengat Labu ini. Pengat Labu yang lemak manis ini enak dihidangkan sejuk ataupun panas. Dijamu pula petang-petang sambil mengopi, memang terbaik!
Dapatkan resepi Pengat Labu di sini.
5. Pisang Goreng Rangup Dan Sambal Kicap
Bila sebut pisang goreng sahaja, sudah terbayang bayang gigitan pertama yang rangup, diikuti rasa manis pisang dan masin tepungnya. Dipadankan pula dengan sambal kicap yang menambahkan lagi selera! Anda tak perlu pun ke kedai, boleh buat sahaja di rumah kerana resepinya mudah sahaja!
Dapatkan resepi Pisang Goreng Dan Sambal Kicap di sini.
6. Kaya Balls
Teringat kaya balls yang selalu dijual di pasar raya dan stesen LRT? Buat sendiri sahaja di rumah kerana resepinya amat mudah sekali! Anda hanya perlukan pancake mix, susu dan kaya. Bahannya simple sahaja tapi sedap betul!
Dapatkan resepi Kaya Balls di sini.
7. Cucur Ikan Bilis
Jika anda mahukan resepi cucur ikan bilis yang rangup di luar dan lembut di dalam, ikuti sahaja resepi simple ini! Anda perlukan 5 bahan sahaja untuk menghasilkan cucur ikan bilis yang akan jadi kesukaan ramai. Apa lagi? Jom cuba!
Dapatkan resepi Cucur Ikan Bilis di sini.
8. Apple Crumble
Untuk resepi yang dijamin simple dan disukai ramai, anda wajib cuba resepi Apple Crumble ini. Resepi ini hanya memerlukan 7 bahan yang amat mudah dicari. Dengan rasa buah epal yang manis dan crumble yang masin dan rapuh, anda pasti akan mahu lagi!
Dapatkan resepi Apple Crumble di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!