Lebih 44K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Gebu Paling Mudah & Viral. Ah, Sedapnya!
Rasa nak cuba buat pula malam ni.
Hari ini dah hampir dua minggu rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan
Syabas buat rakyat Malaysia yang berjaya duduk diam-diam di rumah dan tidak melanggar perintah kerajaan!
Tapi bila dilihat di media sosial sehingga kini, memang ramai juga yang telah berubah menjadi 'chef', 'barista' dan sebagainya. Manakan tidak, sedikit demi sedikit 'hidden talent' terkeluar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan.
Power juga korang semua ini.
Dengan berbaki dua minggu lagi untuk rakyat Malaysia menjalani PKP, apa kata korang cuba buat Roti Gebu Mudah Viral ini.
Macam sedap je bila tengok, mudah pula tu.
Resepi Roti Gebu Mudah Viral ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Azlina Ina. Paling menarik, perkongsian tersebut sehingga kini telah berjaya meraih lebih 44 ribu 'shares'.
Pasti ramai yang ingin atau telah mencuba ketika di rumah, bukan? Apa-apa pun, boleh lihat resepi dan cara-cara untuk membuat roti gebu ini seperti di bawah:
Jom cuba!
Ini yis kering paling mudah dapat. Kedai acheh pun belambak 11g.
Ni paling penting sbb kite xde bahan pelembut doh jd kita buat sendiri. bahan pn senang nak mati. Bahan2 pelembut doh:
- 2 sb tepung gandum
- 1 cawan air.campur kan kalau mak tapis sket mcm bancuh tu pas tu masak sampai die jd likat mcm tu.
Mak suke buat byk2 boleh simpan.korg gandakan je sukatan simpan peti ais masa nak guna panas kan tambah air sket boleh atau letak lua kejap bg hilang sejuk pn boleh.
ok bebalik pd yis td
- 1/2 cawan air suam tp mak tuang dalam gelas tinggi takut die melimpah bile berbuih.
- 2sb gula( ni agent bukan agent ali. agent menghidup kan dan aktif kan yis,kalau yis rosak die xberbuih lepas 10 mnt ya).
- satukan xyah kacau dan ttup bia 10-15 minit.
lepas 10 mnt kite buat kerja sebenar nye kalau roti sekilo dapat sikit je pn. Kite buat sekilo terus je ok. penting kene ade besen beso xkisah la besen mandi anak ko pn boleh. basuh bersih. campur dalam besen tu. 1kg tepung gandum xkisah jenama ape xyah high protein janji tepung gandum jalan. ni mak pakai cap ros je tibai tu je ade ubang kan tgh2 mcm biasa ek letak 1 biji telur masukkan bersama:
- 3sb majerin atau butter kalau semua xde minyak pn boleh
- 3sb pelembut doh kite buat atas td
- sedikit garam halus mak guna garam pink himalaya
- 4sb susu tepung(nak letak2 xnak xpe saje bg sedap je)
- 1/2 sb baking powder(kalau ade bagus xde xyah pn xpe)
- 5sb gula(mak saje suke manis sket roti kosong tawar kang anak2 xmakan sgt so korg nak letak byk mana ikut korg)
ok dah satukan gaul sampai jd mcm serbuk2 roti.
masukkan 1/2 cawan air yis berbuih td ok uli sikit-sikit.
penting ni ye. air biasa plus ais batu biar jap bg sejuk dah kalau xde air dalam peti ais yg sejuk pn xde jugak air penapis air yg sejuk tu pn boleh ok tambah mcm tu dan uli. so abis 1 cawan td eh.
ok last tambah air sejuk lepas 1 cawan td standby 1/2 cawan la gitu tp tuang sekadar nak lembut kan doh die mmg melekit kat tgn xpe. stop bile rasa die dah lembek2 sket maksud nye semua tepung dah basah ha mcm tu senang paham ya. ok stand by 1 cawan tepung lg tambah sket2 sambil uli tu tabur sket2 supaya doh xlekat kat tgn.
tu cara mak uli. kite tenyeh2 tarik tekan pakai perut tgn tu kedepan tarik ke belakang.Mak org nye paling malas nak tunggu elastik plastik bagai sbb tu mak dulu jarang buat roti. lama juga boleh tecabut tgn. ok dah sampai doh td tu licin maksud nye die xlekat2 kat tgn dah 10 mnt je lebeh kurg sambil2 tgk drama siap.
ok mak pindah kat dalam bowl sebab senang tutup atas die nnt so xnak bg die lekat bile dah kembang mak tabur dulu tepung sket.
ok sbb masa tu malam roti ni pn payah kalau sejuk die lambat kembang. jd mak ade idea. panas kan oven 100 darjah set 40 mnt ttup bowl dgn tuala lembab ok letak bowl dekat2 oven kan panas hahah so cepat la kembang yeay.
lepas 40-45 mnt tp masa 30 mnt mak bukak la tgk intai. ok die dah naik sekali ganda dan nampk cantik.
wah dah naik. eh elok plak kahkah. ok bg mak masa ni adalah paling penting untuk roti yg uli alakadar ni. waktu die membesar ni kene betul2 die kembang jgn baru naik sket korg dah gatal bakar. mmg kene tunggu die naik elok sbb tu bia die kene haba oven sket bile panas die cepat naik.
waktu mengembang ni sebenar nya proses doh dalam die betindak balas kalau kurg naik atau terlebih naik nnt roti keras. agak2 dah penuh loyang cam tu sapu atas die dgn butter atau majerin klau semua xde susu segar pn boleh xde susu cair pn boleh kalau xde jugak minyak masak je.
Dah hampir siap. Senang je walaupun akan tampak leceh untuk korang yang kali pertama buat roti.
bakar suhu 150 masa 45 minit api atas bawah tp bergantung oven masing2 lah jugak ek asal atas die perang2 tu roti masal dah lah tu. panas2 td dalam loyang sapu butter atau majerin bg die kilat sebenar nye tu je.
terbalikkan belakang die saje nak tgk biasa roti yg keras belakang die huduh hahaha helok kan belakang die pn geram.
koyak satu. aduh panas2 sedap cicah kopi o. inshaAllah mudah dan gebu .mak doakan korg cuba dan jadi mudah semua bahan ade kat dapur korg. dan jimat modal xsmpai rm5 pn. cara simpan nak roti lembut berhari hari.
korg masuk dalam bekas berttup. mak suke time nak makan masak nasik tu kan atas nasik bile masak lapik plastik sket letak roti kite td ttup nasi. mcm kukus tu aduhai jd lg lembut letak plak kaya dah mcm sangkaya weh xyah dah makan kat restoren dr rumah je kite buat hehe...ok gud luck anak2.
subhanaAllah. Sungguh sebenar nye mak ade mixer bukan xde berapa kilo nak. tp mak menyelami hati org yg xpunye apa2. Tp ada tgn. jd mak guna tgn juga xpe. muah mak syg korg.
Alhamdulillah xlah sesempurna mcm org uli pakai bread maker atau pakai mesen mixer pakai tgn mmg la ade kurg sket normal tp tetap jd roti xjd sushi tu boleh la kan.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!