makan

Lebih 9K Ulang Kicau, Jom Cuba Resepi 'Cheese Cake Chocolate Indulgence' Ini. Sedapnya!

Dah bosan dengan kek Chocolate Indulgence biasa? Boleh cuba versi kek keju pula!

Cover image via Facebook Muhammad Ali

Jika anda seorang penggemar kek adalah mustahil jika anda tidak pernah mencuba kek chocolate indulgence

Sebut sahaja kek chocolate indulgence, mesti ramai yang mula terliur sehingga boleh terbayangkan keenakan rasa kek itu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Soulusi

Kek chocolate indulgence adalah kek yang terdiri daripada beberapa lapisan iaitu lapisan kek coklat, mousse putih, mousse coklat dan coklat ganache. Bayangkan, apabila makan, semuanya cair dalam mulut kita. Sedapnya!

Tapi kalau sudah asyik kena ke kedai untuk membelinya setiap kali mengidam, boleh jadi kopak jugalah poket kita nanti. Jadi apa kata kita buat sendiri kek chocolate indulgence itu. Lagi best, kita buat versi cheese cake!

Baru-baru ini laman Twitter @cuti_makan telah berkongsikan resepi membuat Cheece Cake Chocolate Indulgence yang kini mendapat lebih 9 ribu retweets, dan hampir 17 ribu likes, ketika artikel ini ditulis.

Resepi tersebut sebenarnya telah dikongsikan semula melalui posting yang dibuat pengguna Facebook bernama Muhammad Ali

Cheese Cake Chocolate Indulgence ini terdiri daripada lapisan chocolate ganache, cream cheese yogurt, chocolate cheesecake dan base-nya merupakan Oreo crust.

Menurut Ali lagi, 4 lapisan itu kemudiannya ditambah pula dengan chocolate ganache siap dengan effect cermin lagi. Terliur, memang terliur!

Lihat sahaja video di bawah:

Posted by Muhammad Ali on Thursday, 19 March 2020

So, apa lagi?

Jom kita cuba sendiri resepi kek yang dikenali sebagai 'Cheese Cake Chocolate Indulgence' itu melalui perkongsian di bawah:

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 100g Oreo crust @ satu packet Oreo buangkan krim dulu. Nak hancur dengan krim sekali pun boleh tapi manis sikit.
  • 40g butter yang dicairkan.
  • 250g dark chocolate masakan (bahagikan kepada 2 untuk ganache dan untuk cheesecake chocolate so 125g each).
  • 500g cream cheese (bahagikan kepada 2 untuk cheesecake chocolate & cream cheese indulgence so 250g each).
  • 375g whipping cream (bahagikan kepada 3 untuk ganache, cheesecake chocolate & cream cheese so 125g each).
  • 1 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 66 g gula kastor (bahagikan kepada 2 iaitu untuk cream cheese & chocolate cheesecake so 33g each).
Disclaimer: Resepi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci.

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

Layer pertama: Oreo crust

  1. Hancurkan 100g Oreo halus-halus kemudian campurkan dengan 4g butter yang dicairkan. Gaul-gaul kemudian masukkan ke dalam loyang. Ratakan.
  2. Ratakan dan letakkan ia ke dalam peti sejuk selama 30 minit.
Sekiranya ingin tebalkan lapisan Oreo tambah lagi Oreo dan butter.

Layer kedua: Lapisan cheese cake chocolate

  1. Cairkan 125g dark chocolate. Cairkan menggunakan kaedah double boil. Sesudah cair, biarkan ia sejuk.
  2. Pukul 250g cream cheese selama seminit dua. Masukkan gula kastor 33g. Kemudian satu sudu susu pekat manis, 1 sudu kecil vanila essence. Pukul sehingga sebati.
  3. Lepas itu masukkan dark chocolate yang dicairkan tadi ke dalam adunan cream cheese tersebut. Gaul menggunakan spatula pun boleh. Gaul sehingga sebati.
  4. Kemudian pukul pula 125g whipping cream sampai kental.
  5. Masukkan whipping cream yang sudah dipukul tadi dengan adunan cream cheese + coklat tadi.
  6. Gaul sehingga sebati.
  7. Sesudah selesai lapisan kedua, tuangkan ia keatas lapisan Oreo crust tadi.
  8. Sejukkan dalam masa 30 minit lagi.

Layer ketiga: Cream cheese indulgence

  1. Masukkan 250g cream cheese.
  2. Masukkan gula kastor 33g.
  3. Masukkan satu sudu kecil esen vanila (optional, tidak mahu masukkan pun tidak mengapa).
  4. Pukul dalam 3 minit kemudian masukkan 125g whipping cream.
  5. Gaul sehingga sebati.
  6. Tuangkan keatas lapisan cheese cake chocolate tadi.
  7. Biarkan sejuk dalam 30 minit.

Layer keempat (layer terakhir): Chocolate ganache

  1. Guna teknik double boil.
  2. Masukkan 125g whipping cream.
  3. Masukkan 125g dark chocolate.
  4. Masukkan 1 sudu mentega/butter.
  5. Kacau perlahan-lahan di atas api yang perlahan.
  6. Sudah kelihatan agak pekat dan texture nampak creamy serta berkilat boleh tutup api.
  7. Biarkan dalam 10 minit baru tuang keatas lapisan indulgence tadi.

Beberapa tips dan informasi yang perlu tahu dan ikut:

  • Sejukkan semalaman (kerana resepi ini adalah 'non-bake' maka wajib semalaman).
  • Memerlukan masa yang agak lama untuk hasil dan rasa yang mewah!
  • Bahan-bahannya agak mahal kosnya maka kalau ingin jual pastikan balik modal dulu dan untung yang munasabah dengan effort yang agak lama nak buat kek ini.
  • Kalau tidak menjadi tidak mengapa. Jangan putus asa. Baca tips yang pernah dikongsikan.
Untuk makluman, Muhammad Ali sebelum ini telah berkongsikan beberapa tips baking menerusi laman Facebook-nya. Di bawah adalah antara posting tips yang pernah dikongsikan:

Assalamualaikum..kembali lagi kita dalam Tips yang ke-6 * bagi siapa yg baru follow boleh la scroll2 dari tips pertama...

Posted by Muhammad Ali on Sunday, 22 March 2020

Seperti yg sy sudah janjikan..maka ini adalah tips kek yang ke- 5 yang baru follow saya boleh la scroll kebawah utk...

Posted by Muhammad Ali on Thursday, 19 March 2020

Apabila kek keju sudah siap, inilah hasilnya. Sedapnya!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi dessert lain di bawah:

You may be interested in:

Leave a comment