makan

Lebih 2k 'Shares', Chef Cilik Ini Kongsi Resepi Mini Burnt Cheesecakes Mudah. Sedapnya!

Jom cuba hasilkan resepi Mini Nutella Burnt Cheesecake ini. Memang heaven!

Cover image via Danish's Red Kitchen

Burnt Cheesecake sememangnya dessert yang paling hangat baru-baru ini kerana rasanya yang simple tetapi begitu nikmat sekali

Walaupun harga sepotong Burnt Cheesecake di kafe agak mahal, kek ini sebenarnya mudah sahaja untuk dihasilkan di rumah kerana ia hanya menggunakan kurang dari 10 bahan. 

Malah, anda juga boleh menyediakan kek keju mini menggunakan loyang mufin agar anda tidak membazir. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengubah suai topping seperti Nutella, mentega kacang dan banyak lagi mengikut cita rasa anda. Jom cuba? :D

Untuk resepi Mini Nutella Burnt Cheesecake, ikuti perkongsian chef cilik Danish Harraz di Facebook yang telah mendapat sebanyak 2.6k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan kek keju

  • 500 gram krim keju (dilembutkan)
  • 250 ml krim putar
  • 3 biji telur (gred A)
  • ½ cawan gula putih
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar tepung gandum (diayak)
Bahan Nutella swirl
  • 1/4 cawan sapuan coklat (jenama Nutella)
  • 1/2 cawan adunan kek keju
*Anda juga boleh menyediakan kek keju biasa tanpa menambahkan coklat. Anda boleh mengubah suai bahan-bahan tambahan mengikut cita rasa anda.

Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:

  1. Dalam mangkuk besar, gabungkan krim keju yang sudah dilembutkan dengan gula.
  2. Pukul selama 1 hingga 2 minit atau sehingga rata pada kelajuan sederhana.
  3. Kautkan adunan menggunakan spatula dan pukul adunan sekali lagi selama 1 hingga 2 minit sambil memasukkan esen vanila.
  4. Kemudian, pecahkan telur satu demi satu.
  5. Kautkan adunan sekali lagi dan pukul selama 1 minit.
  6. Seterusnya, tuangkan krim putar secara perlahan.
  7. Ayakkan tepung gandum dan gaul selama 20 saat pada kelajuan yang perlahan.
  8. Kautkan adunan dan gaul sekali lagi selama 10 saat sehingga sebati.
  9. Asingkan 1/2 cawan adunan kek keju untuk menghasilkan Nutella swirl.
  10. Untuk Nutella swirl pula, gabungkan adunan kek keju tadi dengan sapuan coklat Nutella. Gaulkan sehingga sebati.
  11. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. (Pastikan api dipasang atas bawah tanpa kipas)
  12. Griskan loyang mufin dengan mentega dan kertas minyak.
  13. Masukkan adunan kek keju sebanyak 3/4 penuh acuan.
  14. Kemudian, masukkan Nutella swirl.
  15. Tambahkan adunan kek keju sekali lagi.
  16. Pusarkan Nutella swirl dengan adunan kek keju menggunakan lidi agar mempunyai corak yang cantik.
  17. Bakarkan adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 30 minit. (Tambahkan 10 hingga 15 minit jika perlu bergantung kepada suhu ketuhar anda)
  18. Kemudian, naikkan suhu kepada 200°C dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit.
  19. Kek keju sudah masak jika tiada cecair yang melekat apabila dicucuk di tengah. (Pastikan kek keju tidak terlebih masak kerana akan menjadi kering dan kurang enak)
  20. Sejukkan kek keju dan simpan di dalam peti sejuk.

Apabila kek keju sudah siap, inilah hasilnya. Creamy, mudah dan memang nikmat! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi menarik di sini:

You may be interested in: