makan

Resepi 'Japanese Fluffy Pancake' Yang Lembut, Gebu, Mudah & Sedap. Pakai Non-Stick Pan Je!

Hanya menggunakan bahan-bahan simple dan dimasak di atas kuali non-stick sahaja. Memang mudah!

Cover image via YouTube Emma's Goodies & Eater NY

Menariknya pasal budaya Malaysia ini, kita tidak ada masa tertentu untuk makan sesuatu makanan

Sebagai contoh, meskipun nasi lemak dianggap hidangan sarapan, namun ianya tetap boleh didapati dan dimakan pada bila-bila masa termasuklah pada malam hari.

Sama juga seperti hidangan Japanese Fluffy Pancake yang sedap dimakan ketika waktu sarapan pagi atau semasa minum petang, ditambah pula dengan jem buah, aiskrim dan whipped cream. Pasti menyelerakan!

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Eater NY

Namun begitu mungkin pancake ini susah didapati pada malam hari. Oleh itu, lebih mudah jikalau kita mempelajari sendiri cara membuatnya yang tidaklah sesukar mana. Hanya menggunakan bahan-bahan simple dan dimasak di atas kuali non-stick sahaja. Memang mudah!

Untuk resepi Fluffy Pancake ala Jepun yang mudah dan confirm jadi ini, ikuti perkongsian pengguna Facebook Puan Ruzita Mohamed yang telah mendapat sebanyak 12k shares!

Baca perkongsian penuhnya di bawah:

Japanese Fluffy Pancake. Kegilaan apakah ini? Dua hari berturut-turut buat... First time akak makan di Labsoy Cafe Uptown Damansara... Mahal gila! Cafe kat Damansara kan... Kalau nak puas makan cubalah buat sendiri. Resepi chef Google...  Nak resepi?

Okay darling-darling semua... Ini resepinya untuk 1 adunan, alang-alang doublekan ya takut tak cukup. 

  • 2 biji kuning telur
  • 40 gm superfine flour
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon esen vanilla
  • 25 gm fresh milk full cream

Combine semua tu kemudian...

  • 2 biji putih telur
  • 25gm gula castor
  • Lemon jus 1 teaspoon tak letak pun tidak mengapa boleh ganti dengan cuka.

Whisk (putar) sampai kental kemudian satukan dengan adunan tadi.

Masak atas non-stick pan refer video Google kalau nak dapat yang cantik-cantik fluffy dan tinggi.

Selamat mencuba, ya! Jangan lupa letak butter atas non-stick pan...

Bertambah sedap hidang dengan strawberry atau raspberry compote atau jem. Juga boleh makan dengan ice-cream atau whipped cream.

Boleh rujuk perkongsian video cara-cara untuk membuat Japanese Fluffy Pancake di bawah:

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi dessert lain di bawah:

You may be interested in: