Dapat Hampir 9K 'Retweets', Ayuh Cuba Resepi Kek Oreo Versi Kukus Ini. Guna 2 Bahan Je!
Kedua-dua bahan ini boleh didapati dengan harga bawah RM10.
Sesekali teringin juga nak makan kek buatan rumah atau home-made
Terutamanya bila bermacam-macam resepi kek asyik lalu-lalang dekat wall atau feed laman sosial kita, tak kisahlah Facebook, Instagram, tidak pun Twitter.
Nak buat kek ini senang saja tapi tak semua orang ada oven di rumah. Kalau ada pun, kadang-kadang sudah rosak dek sudah lama tak pakai.
Tapi sebenarnya boleh saja nak 'baking' dan buat kek tanpa oven. Caranya, dengan menggunakan api dari dapur gas dan air. Bukan setakat mudah dan menjadi, tapi sedap juga tau!
Menerusi laman Twitter, telah dikongsikan resepi membuat kek Oreo versi kukus. Paling best, bajet yang digunakan untuk membuat kek ini adalah kurang daripada RM10!
Resepi kek kukus Oreo ini sebenarnya adalah daripada pengguna Facebook bernama Hana Ramly, kemudian dikongsikan semula melalui akaun Twitter, @cuti_makan.
Cara membuat kek kukus Oreo ini mudah sahaja dan menggunakan hanya dua bahan iaitu:
- Dua Oreo panjang.
- Sekotak susu coklat yang kecil.
Ikuti cara membuatnya seperti di bawah:
Disclaimer: Yang topping itu saya guna teknik double boil chocolate.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!