Resepi Pisang Goreng Rangup Cicah Sambal Kicap Kegemaran Johor. Terangkat Selera Habis!
Unik dari pisang goreng yang lain, pisang goreng style Johor ni siap dengan cicah sambal kicap manis-manis pedas likat yang cukup sedap sekali. Memang layan!
Siapa je kat Malaysia ni tak suka pisang goreng kan? Sedap dan murah, snek popular ini mudah untuk didapati di merata-rata tempat.
Dengan luarannya yang crispy, dan isinya yang lembut dan manis, tidak hairanlah mengapa pisang goreng adalah pilihan utama ramai untuk dijadikan hidangan minum petang.
Tetapi di Johor, hidangan ini lebih unik kerana ianya dicicah sambal kicap yang mempunyai rasa manis-manis pedas
Bunyi macam gabungan yang pelik, tetapi sebenarnya kombinasi rasa ni sangat ngam. Sekali cuba, pasti nak lagi punya!
Ingin cuba? Ikuti resepi simple kami ini.
Tonton video di bawah untuk pelajari cara membuat Pisang Goreng Cicah Sambal Kicap style Johor yang ringkas sekali:
Bahan-Bahan
- 100 gram tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung kastad
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 130 ml air
- 4-5 pisang
Cara
Bahan-bahan
- 1 sudu besar minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 15-25 batang cili padi
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
- 1 cawan kicap manis
- 1-2 biji kecil limau kasturi
Cara
Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!