Ikuti Resipi Roti Puding Coklat 'Simple' Ini Dengan Hanya 7 Bahan Sahaja!
Memang mudah sangat nak hasilkan Roti Puding Coklat ini. Resipi ini memang khas untuk yang sukakan dessert!
Hidangan Roti Puding Coklat ini adalah pencuci mulut yang sangat mudah untuk dibuat. Bukan itu sahaja, dessert ini juga tidak perlu menggunakan banyak wang dan bahan untuk menghasilkan.
Jom berminum petang bersama Roti Puding Coklat ini! Dengan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam, dimakan pula dengan ais krim vanila, hidangan pencuci mulut ini memang terbaik!
Begini caranya untuk membuat Roti Puding Coklat:
Bahan-bahan:
- 1 loaf roti putih kecil (dipotong)
- 3 biji telur (dipukul)
- 400ml susu penuh krim
- 3 sudu besar gula pasir putih
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan semi-sweet chocolate (dicincang)
- Ais krim vanila (topping)
Cara-cara:
1. Untuk adunan, di dalam mangkuk, pukul telur bersama susu, gula dan esen vanila hingga sebati.
2. Di dalam non-stick baking pan , masukkan roti putih dan tabur coklat.
3. Masukkan adunan. Kemudian, tekan roti menggunakan spatula untuk serapkan roti dengan adunan.
4. Bakar pada suhu 210°C selama 45 minit.
5. Letakkan ais krim vanila sebagai topping.
6. Roti Puding Coklat sudah siap!
LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!