lifestyle

Begini Caranya Untuk Hasilkan Thai Red Ruby Dessert Dengan Hanya 7 Bahan Sahaja!

Khas untuk korang yang sukakan dessert Thai! :D

Cover image via SAYS

Minggu ini, kami hasilkan resipi pencuci mulut pula iaitu Thai Red Ruby Dessert! Nampak sahaja complicated, tapi sebenarnya sangat mudah untuk dibuat.

Image via SAYS

Begini caranya untuk membuat Thai Red Ruby Dessert:

Bahan-bahan:
- 2 cawan santan
- 1/2 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 1/2 biji sengkuang (dipotong kiub)
- 1 helai daun pandan
- Pewarna merah
- Buah nangka (dihiris)

Cara-cara:
1. Didihkan santan, air, gula dan daun pandan.
2. Untuk red ruby, potong sengkuang bentuk kiub.
3. Masukkan pewarna merah dan gaul hingga rata.
4. Salutkan dengan tepung ubi kayu. Kemudian tapis.
5. Rebus selama 5 minit atau hingga salutan menjadi merah.
6. Rendam red ruby dalam air sejuk.
7. Hidangkan dengan air batu kisar, kuah santan, red ruby dan buah nangka.
8. Thai Red Ruby Dessert sudah siap!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dapatkan lagi resipi-resipi masakan Thai di sini:

Minat desserts? Cuba resipi-resipi ini pula:

You may be interested in: