makan

Teringin Smores? Ini Resepi Smores Gebu, Lembut & Sedap Guna Air Fryer. Hanya 3 Bahan Je!

Hasilkan smores seperti level kafe tak sampai 10 minit.

Cover image via Cik Salmah (Facebook)

Siapa peminat smores? Dengan marshmallow yang lembut gebu dan sedap ini boleh dihasilkan menggunakan air fryer je tau.

Dengan guna 3 bahan ini je, anda boleh hasilkan smores level kafe di luar sana. Rugi tak cuba, jom try buat? Kalau anda yang tidak gemarkan manis, boleh gantikan coklat dengan dark coklat. Let's start cooking!

Bahan yang diperlukan:

  • Marshmallows
  • Beryl's coklat coin
  • Biskut Tiger atau biskut digestive

Cara penyediaan:

1. Masukkan biskut yang dihancurkan dalam loyang.

2. Kemudian masukkan coin coklat.

3. Susunkan marshmallow.

4. Bakar dalam air fryer selama 7 minit pada suhu 200°C.

Siap dah resepi senang dah sedap ni!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang tak sampai 10 minit?