makan

Lebih 100K Shares, Wanita Ini Kongsi Resepi Baked Carbonara Cheese Meatball Yang Lazat

Favourite anak-anak!

Cover image via Farhana Azwa Nadzri (Facebook)

Selera besar? Nak makan sedap? Apa kata cuba resepi ini di rumah. Senang dan guarantee sedap!

Baked carbonara meatballs cheese ni senang je nak buat. Anak-anak pun suka makanan berkeju dan berlemak ni. Disajikan dengan bebola daging, emmmm confirm tak puas makan satu pinggan! Anda dah bersedia? Jom check out resepi guarantee jadi ni.

Bahan yang diperlukan:

  • Bebola daging atau ayam
  • Brokoli
  • 1 cawan susu segar
  • Keju Cheddar 
  • Sos carbonara cendawan
  • Lada hitam secukup rasa
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 1 tin cendawan butang
  • 1/2 kiub pati ayam 

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bebola daging, cendawan butang dan brokoli. Goreng sehingga bebola daging garing.
3. Letakkan semua bahan dalam loyang.
4. Untuk sos pula, masukkan sos carbonara, susu segar, kiub pati ayam dan lada hitam. Kemudian, masak sehingga mendidih. 
5. Tuangkan sos atas meatballs.
6. Susunkan keju dan bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170°C.

Dah siap! Jom makan?

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi simple lain?

Beli daging segar di sini: