seismik

Resipi Homemade Meatball Yang Sedap Menyengat Ini Akan Membuatkan Air Liur Meleleh!

Sempat lagi nak buat untuk dinner malam nanti!

Cover image via Nor Izzatie Mardu / Facebook

Kepala buntu tak tahu nak masak apa malam ini untuk makan malam? Asyik makan nasi je, macam bosan pulak. Inginkan kelainan menu untuk keluarga tersayang?

Image via Giphy

Menu makan malam adalah salah satu menu yang paling sukar untuk difikir. Lebih-lebih lagi jika anda tidak mahu menu yang berlemak, menggemukkan dan tidak sihat. Namun, sekali-sekala mungkin anda boleh cuba untuk create menu makan malam yang jarang dibuat orang.

Contohnya seperti Homemade Meatball, atau lebih dikenali sebagai bebola daging. Ala, macam yang dijual di IKEA tu. Tapi kalau malas nak pergi IKEA, apa kata anda buat sendiri di rumah.

Seperti perkongsian resipi oleh seorang wanita di laman Facebook iaitu Izzatie tentang resipi dan cara mudah untuk buat Homemade Meatball ini. Nampak gambar je pun dah terliur, jom cuba? :)

Untuk tips pertama, sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat Homemade Meatball ini seperti:

Bahan-bahan yang diperlukan:

- 500g daging (buang segala lemak pada daging kemudian kisar. Nak guna daging kisar beli di kedai pun boleh).

- Bawang besar (hiris-hiris).

- Bawang putih.

- Serbuk roti (3-4 sudu besar di blend halus)

- Blackpepper.

- Whitepepper.

- 1 biji telur.

- Garam dan gula secukup rasa.

- Perasa (nak tambah pun boleh).

Untuk cara penyediaan menu ini, boleh ikuti tips di bawah. Simple je!

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan naik bau. Biarkan sejuk sebelum masukkan ke dalam blender.

2) Hiris daging kecik-kecil supaya senang kisar. (boleh kalau nak guna daging kisar beli di kedai).

3) Gunakan dry blend dan blend serbuk roti hingga halus.

4) Masukkan bawang tadi beserta serbuk roti, blackpepper, whitepepper, garam, gula, telur ke dalam blend dan kisar.

5) Dah siap kisar. Bulat- bulatkan dan goreng sehingga masak atas minyak yang sedikit.

6) Siap untuk di makan. Boleh la menjamu selera dengan suami dan anak-anak tersayang.

Tumis bahan-bahan yang diperlukan.

Image via Nor Izzatie Mardu / Facebook

Bila dah siap semua step di atas, boleh mula untuk bulatkan ikut saiz kesukaan anda dan mula digoreng!

Voila.....! Sedia untuk dijamu bersama keluarga tersayang!

Senang je bukan? Jika anda berjaya buat Homemade Meatball ini, jangan lupa kongsi gambar dengan kami! :)

Image via Giphy

Selamat mencuba!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kalau nak cuba buat biskut raya pun boleh. Raya kan sebulan :p

Ingat rendang crispy je ke ada? Mac & Cheese crispy pun ada tau!

You may be interested in: