makan

Lebih 1K 'Shares', Ini Resepi Mashed Potato Homemade Ala KFC Yang Mudah dan Sedap!

Makan panas-panas. Sekali ngap, pasti nak lagi. Jom try buat!

Cover image via Dapur Cik Lyn (Facebook)

Craving mashed potato? Ingin tahu cara buat homemade mashed potato seperti yang dihidangkan di KFC? Jom ikuti resepi yang simple ini.

Mashed potato ini sesuai dihidangkan panas-panas. Dimakan begitu sahaja, sekali ngap, pasti nak lagi! Selalunya kita beli dan makan mashed potato kan di luar sana? Pernah try buat sendiri tak? Jom try, senang bila craving di rumah nanti. 

Mashed potato atau dikenali sebagai kentang putar ini mempunyai dua bahan utama iaitu penyediaan kentang dan sosnya. Kedua-dua bahan ini saling melengkapi! 

Antara bahan yang perlu disediakan:

Bahan-bahan mashed potato:

  • 8 biji kentang
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 2 atau 3 sudu besar butter
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Serbuk lada sulah secukup rasa

Bahan-bahan sos:
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • 4 sudu butter
  • 2 sudu tepung gandum atau jagung
  • 2 kiub pati ayam
  • Serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air

Cara penyediaan Mashed Potato:

1. Kupas kulit kentang dan potong kepada dua. Rebus selama 10-15 minit dengan api sederhana.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyekkan.
4. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam (mengikut cita rasa). 
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit (ikut cita rasa untuk jadikan mashed potato berlemak dan gebu). 
6. Lenyek sehingga rata atau gunakan blender

Cara penyediaan sos:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang dengan menggunakan api sederhana.
2. Masukkan tepung gandum atau jagung dan kacau sehingga warna coklat.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Tutup api.
4. Masukkan dalam blender dan blendkan.
5. Masak semula dengan menggunakan api sederhana.
6. Masukkan kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
7. Kacau sehingga sebati. Tutup api. 

Haaa, inilah hasilnya bila dah siap. Menyelerakan bukan? Ayuh cuba!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out resepi-resepi lain:

You may be interested in: