Hasilkan Bahulu Yang Empuk & Rangup Menggunakan 3 Bahan Sahaja. Stail Bahulu Kampung!
Bahulu dengan kopi, anyone?
Bahulu semestinya menjadi kegemaran ramai. Biasanya, kita beli je bahulu kat shopping mall. Tapi sebenarnya senang nak buat bahulu ni...
Resepi gunakan 3 bahan ni memang senang & mudah. Tak sampai 10 minit untuk sediakan adunan. Hasilnya sangat empuk di dalam dan rangup di luar! Siapa yang makan mesti jatuh cinta dengan bahulu ni. Tunggu apa lagi? Jom try.
Bahan yang diperlukan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor atau gula halus
3 biji telur
Cara penyediaan:
1. Campurkan telur dan gula. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil gaul sebati (boleh guna hand mixer).
3. Sapukan minyak masak dan isi acuan dengan adunan (jangan penuh).
4. Bakar pada suhu 160°C selama 20-30 minit.
5. Keluarkan bahulu dari acuan dan sejukkan pada suhu bilik.
Yay! Dah siap pun bahulu stail kampung, empuk dan rangup. Sedap sampai tak berhenti makan...
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!