makan

Inilah Resepi Kuih Kalakatar Famous Tradisi Orang Banjar Yang Simple. Rasa Lemak Manis!

Kuih Kalakatar juga dikenali sebagai kuih bingka kelapa muda.

Cover image via Nadia Ismail (Facebook)

Kuih Kalakatar ini merupakan kuih keturunan orang Banjar.

Kuih bingka kelapa muda ini menjadi tradisi orang Banjar untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.

Image via Ulun Banjerese

Rasa lemak-lemak manis, emm sedapnya! Kuih ni memang susah nak cari diluar sana. Jom, follow resepi yang confirm jadi ni. 

Bahan yang diperlukan:

  • 4 cawan air kelapa muda (gunakan 2 kelapa muda besar)
  • Isi 2 biji kelapa muda

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 biji telur

  • Gula secukup rasa

  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas (kecuali isi kelapa) dan kacau sehingga sebati dan larut. Kemudian tapiskan. 

2. Masukkan isi kelapa.

3. Tuang ke dalam loyang yang disapukan sedikit minyak.

4. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C-210°C selama 1 jam.

5. Akhir sekali, bakarkan dengan setting "broiler" selama 20 minit untuk garingkan bahagian atas kuih.

Tips: Kalau nak hidangkan pagi, kena sediakan waktu malam. Kalau nak makan untuk minum petang, boleh sediakan waktu pagi untuk nikmat yang lebih sempurna.

Jeng jeng jeng dah siap, senang kan? Dah boleh dihidangkan bersama teh O panas.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Nak resepi kuih yang lain:

Inginkan resepi untuk anak-anak?