makan

Resepi Kek Span Pandan Santan Sukatan Cawan Yang Gebu & Lembut. Sesuai Untuk Beginner!

Beginner pun boleh jadi pro.

Cover image via Mas Cotek (Facebook)

Siapa tak suka kek yang gebu dan lembut ini? Tambah dengan rasa lemak manis. Emm nikmatnya...

Dihidangkan dengan kopi atau teh O panas semasa minum petang. Memang padu! Dengan kelembutan dan kegebuan kek ini, pasti tak cukup satu slice. Jom cuba resepi confirm jadi ni. 

Bahan yang diperlukan:

Bahan A:

  • 5 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu teh cream of tartar (boleh digantikan dengan 1 sudu besar jus lemon)
Bahan B:
  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 3/4 cawan tepung kek
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan santan 
  • 1 sudu teh perisa pandan (pewarna hijau)

Cara penyediaan:

1. Untuk bahan A, pukul telur sehingga berbuih.
2. Masukkan gula dan jus lemon. Pukul sehingga kental dan ketepikan.
3. Dalam bekas yang lain, campurkan bahan B dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan adunan A tadi ke dalam bahan B sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C.
6. Sapukan loyang dengan marjerin. 
7. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit dengan kaedah double boiler.

Ta-daaa siap dah kek untuk minum petang!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi kek yang lain:

You may be interested in: