makan

Jom Hasilkan Goguma Latte Popular Ini Menggunakan 3 Bahan Je. Seperti Level Kafe Korea!

Daebakkk, ahjuma satu lagi please.

Cover image via @_with.a.twist (Instagram) & @taramctable (Instagram)

Ahhhh! Goguma latte. Biasa tengok dalam Korean drama je, taktau pun macam mana cara buat. Terliur lah sorang sorang...

Rupa-rupanya senang je cara buat. Goguma latte ini sebenarnya diperbuat daripada sweet potato dan susu. Rasa nutty sweet ni memang perfect untuk sarapan. Jom ketahui caranya!

Bahan yang diperlukan:

  • 150g keledek
  • 1 cawan susu segar
  • Madu secukup rasa
  • Cinnamon (optional)

Caranya mudah sahaja:

1. Rebuskan keledek sehingga empuk. 
2. Kupaskan kulit keledek. 
3. Potong keledek kepada 4 potongan kecil.
5. Masukkan keledek (yang telah dipotong), susu dan madu secukup rasa ke dalam blender. Blendkan.
6. Tuangkan ke dalam cawan dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.

Ta-daaaa, siap Goguma latte yang sedap dan enak ni! Tambakan cinnamon untuk rasa yang lebih padu.

Kredit resepi: cafemaddy

Video penuh boleh didapatkan di sini, enjoy!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Check out perfect dish untuk diminum dengan Goguma latte:

You may be interested in: