makan

Ini Resepi Viral Burger Prosperity Homemade Ala McDonalds. Senang Je Rupanya!

Hari-hari burger prosperity lepas ni...

Cover image via Mohd Faiz Fitri (Facebook) & @lafleurs.journal (Instagram)

Siapa je tak tergilakan burger prosperity McD ni kan? Sekarang tak perlu tunggu season prosperity lagi, jom buat di rumah!

Image via norazlitaaziz

Hanya perlukan bahan yang simple sahaja. Cara-cara pun simple dan tak mengelirukan. Boleh buat untuk one family. Nikmati rasa roti yang lembut berintikan daging yang didaluti dengan sos black pepper, memang padu. Tunggu apa lagi? Jom!

Bahan-bahan:

  • Roti hot dog bun Gardenia
  • Daging kisar Ramly
  • 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • Bawang holland (dihiris nipis)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 gelas air
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Mula-mula, sapukan butter pada roti dan goreng seketika.
2. Uli daging hingga menjadi bentuk roti.
3. Goreng daging dengan menggunakan api sederhana.
4. Untuk sos, panaskan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga menjadi keperangan.
5. Kemudian, masukkan air dan kacau hingga sebati.
6. Masukkan bawang besar, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam. Kacau hingga likat.
7. Salutkan daging yang digoreng dengan sos.
8. Letakkan bawang atas roti dan sisipkan daging ke dalam roti.

Siap dan sedia untuk dihidang...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi yang menarik lagi?

You may be interested in: