makan

8 Idea Smoothies Homemade Ala Boost Juice Yang Lebih Murah & Penuh Bernutrisi

Boostkan immunity anda dengan smoothies!

Cover image via Cempaka Putih & Nor Adila Mohd Nor

Smoothies atau juice semestinya menjadi kegemaran setiap orang. Mana taknya? Manis, sedap and refreshing pula tu!

Image via wholefully

Paling penting, smoothies ni mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi tau. Bukan saja sedap, malah boleh bekalkan tenaga dan menyihatkan badan. Terasa freshnya buah-buahan tu. Segeeeerr! 

1. Banana vanilla ice cream smoothie

Rasa pisang yang manis bergabung dengan vanila, emm sedapnya! Rasa lemak-lemak manis. Pisang mempunyai pelbagai vitamin yang bagus untuk tubuh badan. Jom try buat.

Image via Nora Hj Talib

Bahan-bahan:

  • 1 cawan susu sejuk
  • 1 biji pisang
  • 3 scoop aiskrim vanila
Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisarkan.

2. Kiwi banana smoothie

Gabungan rasa almond, kiwi dan pisang semestinya akan menghasilkan rasa yang sedap dan unik. Masam-masam manis. It's so perfect and well blend. Enak diminum sejuk-sejuk. So fresh and healthy!

Image via TheLittleDiva

Bahan-bahan:

  • 1 gelas almond milk
  • 1 biji kiwi
  • 1 biji pisang
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blendkan.

3. Dragon fruit smoothie bowl with grapes

Selalu order smoothie bowl kat kafe-kafe kan? Sekarang tidak lagi, boleh cuba di rumah, senang je serius! Hanya perlukan bekukan buah-buahan kegemaran anda, dan kisarkan esok harinya. Selamat mencuba.

Image via TheLittleDiva

Bahan-bahan:

  • 1/2 buah naga yang telah dibekukan

  • 6 biji anggur hijau (tanpa biji)

  • 1/4 cawan unsweetened soy milk

  • 1 biji pisang


Cara-cara:
1. Bekukan buah naga semalaman. 
2. Blendkan buah naga yang telah dibekukan, anggur dan susu. 
3. Sedia untuk dihidangkan. 

4. Dragon fruit, orange and oat smoothie

Combination buah-buahan dan kekacang memang perfect. Rasa masam manis, dimakan sejuk-sejuk, yummylicious! Minuman sihat ini merupakan supplement asli tau untuk kesihatan tubuh badan.

Bahan kisar:

  • 50 ml susu segar
  • 50 gm yoghurt
  • 1/2 biji oren Navel
  • 1/4 biji buah naga
  • 8 inci timun jepun
  • 1 inci halia (optional)
  • 1-2 sudu besar rolled oats

Bahan hiasan:
  • Secubit chia seed
  • 1 biji walnut
  • Secubit serbuk kayu manis

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kisar dalam pengisar. Kisar hingga halus.
2. Tuangkan bahan kisar dalam cawan dan dihias. Sedia dihidangkan.


5. Honey chocolate oat smoothie

Sukakan coklat? Ini perfect untuk you guys. Rasa yang tak begitu manis memang sesuai untuk sesiapa yang nak kurangkan sugar intake. Ayuh, hidangkan minuman berkhasiat dan sedap ni!

Image via syazwani razak

Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar rolled oats
  • 1 cawan susu low fat
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar peanut butter 
  • 1 mini dark chocolate bar (hiasan)

Cara-cara:
1. Blend semua bahan kecuali dark chocolate.
2. Tuangkan ke dalam cawan dan hiaskan dengan hirisan dark chocolate.

6. Mango float smoothie

Yay, dah boleh dah buat mango float ni sendiri. Semua gunakan bahan-bahan asli daripada buah-buahan. Takda kordial atau pewarna. Gunakan mangga manis tau barulah sedap! 

Image via Nor Hassan

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 mangkuk ais ketul
  • 3 scoop aiskrim mangga atau vanila
  • 1/2 cawan whipped cream
Cara-cara:
1. Potong mangga untuk kisar.
2. Masukkan mangga ke dalam pengisar. Kemudian, masukkan susu pekat dan ais ketul. Kisar hingga halus.
3. Tuang jus mangga yang dikisar ke dalam gelas hingga separuh gelas. Letak whipped cream di lapisan kedua.
4. Letak mangga yang dipotong kiub untuk lapisan tengah dan atas.
5. Tuang sedikit jus mangga atas kiub mangga. Kemudian letak 3 scoop aiskrim vanila atasnya.
6. Kemudian letakkan whipped cream di lapisan seterusnya dan letak sedikit kiub mangga. Sedia untuk dihidang!

7. Yakult lite berry smoothie

Haa, boleh dah gabungkan Yakult kegemaran anda dan strawberi. Rasanya memang mantap! Bukan saja sedap, sihat pula tu. Yakult ini mengandungi probiotik yang bagus untuk pencernaan usus. Tunggu apa lagi? Jom.

Image via Cempaka Putih

Bahan-bahan:

  • 1 botol Yakult

  • 1 cawan strawberi

  • 1 sudu teh gula

  • 1 cawan ais kiub


Cara-cara:
1. Masukkan susu kultur Yakult dan strawberi ke dalam pengisar.
2. Tuangkan ke dalam jug dan kacau sebati. Bolehlah dihidangkan dan minum ketika sejuk.

8. Banana peanut butter smoothie

Resepi yang unik ni menggunakan peanut butter, pisang dan Yakult. Rasa takyah cakap, memang sedap! Takut tak cukup satu gelas je nanti...

Image via Umi Minarni

Bahan-bahan:

  • 1 sudu mentega kacang
  • 1 biji pisang berangan
  • 250 ml susu segar
  • 1 botol Yakult
  • Ais batu secukupnya

Cara-cara:
1. Masukkan mentega kacang, pisang yang dipotong dan susu ke dalam blender.
2. Tambahkan sebotol Yakult. Blend semua bahan. Sediakan gelas.
3. Tuangkan ke dalam gelas dan masukkan ais batu. Boleh juga hias dengan buah pisang yang dipotong.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi sihat?

Inginkan tips tips menarik?

You may be interested in: