Tak Tahu Nak Masak Apa? Ini Resepi Masakan Mudah & Simple Untuk 'Newlyweds'. Easy Peasy!
Nak masak memang tak susah pun, cuma kena ada idea apa yang nak dihidangkan buat yang tersayang. :)
Buat yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tapi masih belum terbiasa dalam bidang masak-memasak pasti sangat challenging, bukan?
Tapi ada juga individu yang jenis pandai masak hampir semua jenis masakan. Jadi, perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar buat mereka. Namun, buat mereka yang hampir setiap hari makan luar dan tidak tahu cara untuk masak, memang agak susahlah kalau baru kahwin dan perlu sediakan makanan untuk pasangan masing-masing.
Tapi tidak mengapa, semuanya boleh belajar bukan? Yang penting, effort perlu ada! :)
Di bawah kami senaraikan beberapa resepi mudah dan simple untuk pasangan baru berkahwin (newlywed) yang telah disediakan oleh @twtmalaywedding
Perkongsian yang ditulis telah meraih lebih 4 ribu retweets dan 7 ribu likes ketika artikel ini ditulis. Ternyata ramai juga yang berminat untuk tahu walaupun menu yang diberikan adalah sangat basic dan simple.
Lihat penuh di bawah:
3. Nasi Goreng Kampung
Cara memasak:
- Bahan *tumbuk/blend kering
- Panaskan minyak
- Pecahkan telur
- Telur separuh masak, masukkan bahan blend
- Masukkan ayam/udang
- Kacau sampai masak
- Masukkan nasi
Maggi cukup rasa 1/2 sudu makan
- Lada putih sikit
- Siap!
Penting: jgn masuk bawang merah
4. Ayam Masak Kicap
Tips goreng ayam:
Masak deep fry api kecik yg atas ye, kalau masak api sederhana yg bawah nnt ayam tak masak dalam.
- Dlm kuali lain, tumis tomato sampai layu
- Masuk onion, cili padi, garlic, halia
- Sampai wangi. Masuk kicap
- Masuk air sikit
- Masuk ayam
- Tabur lada hitam
- Tabur cili
- Siap!
Senang bukan? :)
Jika anda ada resepi mudah yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh tinggalkan di ruangan komen!