Kek Coklat, Kek Buah & 3 Resepi Kek Kukus Yang Mudah & Gebu. Sesuai Untuk 'Beginners'!
Jom cuba hasilkan resepi kek kukus senang ini. Tak perlu guna ketuhar dan sesuai untuk 'beginners'!
1. Kek Coklat
Resepi Kek Coklat Kukus ini sememangnya mudah dan sesuai untuk mereka yang ingin berjinak-jinak mempelajari cara-cara menyediakan kek. Disebabkan resepi Kek Coklat ini menggunakan cara kukus, ia mempunyai rasa yang lebih moist berbanding kek yang dimasak di dalam ketuhar. Resepi ini juga mempunyai sos coklat yang meliurkan.
Dapatkan resepi Kek Coklat di sini.
2. Mufin Coklat Kukus
Untuk resepi kek dalam saiz hidangan kecil, resepi Mufin Coklat Kukus ini memang sesuai untuk anda. Resepi ini juga sangat mudah kerana menggunakan bahan-bahan yang anda mudah untuk didapati di kedai. Disebabkan saiz hidangannya lebih kecil, Mufin Coklat Kukus ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk di masak.
Dapatkan resepi Mufin Coklat Kukus di sini.
3. Mufin Jagung Kukus
Untuk sesuatu yang unik tetapi digemari orang ramai, anda wajib mencuba resepi Mufin Jagung Kukus ini. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah mufin mempunyai tekstur yang begitu gebu. Ditambah pula dengan jagung yang memberikan sedikit tekstur kepada mufin ini. Sedap betul!
Dapatkan resepi Mufin Jagung Kukus di sini.
5. Kek Buah Kukus Manja
Untuk resepi kek buah yang mudah, anda wajib sekali mencuba resepi Kek Buah Kukus ini. Disebabkan kek ini dikukus, tekstur kek juga lebih moist berbanding menggunakan ketuhar. Resepi ini juga enak sekali kerana menggunakan kordial oren untuk memberikan rasa masam manis. Memang sedap!
Dapatkan resepi Kek Buah Kukus Manja di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!