makan

Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kuah Pecal Paling 'Simple' & Enak. Wajib Cuba!

Jom cuba hasilkan hidangan pecal Jawa yang sihat dan mudah ini!

Cover image via Farah Latib Cool

Pecal iaitu hidangan Jawa yang popular, bukan sahaja enak. Malah, sihat kerana mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran

Apa yang menarik tentang resepi ini ialah anda boleh menggunakan apa-apa sahaja sayur-sayuran kegemaran anda. Resepi ini juga ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggoreng bahan-bahan dan kisarkan sehingga halus. Sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang simple dan kurang kandungan karbohidrat!

Untuk resepi pecal yang asli dan mudah, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Farah Latib Cool yang telah mendapat sebanyak 3.8k 'shares'!

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 7 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 jari belacan besar
  • 10 batang cili api
  • 10 batang cili kering
  • Daun limau purut
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula (secukup rasa)
  • 500 gram kacang tanah

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

1. Gorengkan semua bahan-bahan kecuali kacang sehingga layu.
3. Kemudian, gorengkan kacang tanah tanpa minyak sehingga menjadi keperangan. (Jika anda mahu, anda boleh membuang kulit kacang.)
4. Kisarkan semua bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Tambahkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
6. Seterusnya, masukkan kacang goreng ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. 

Pecal anda sudahpun siap untuk dinikmati dengan pelbagai bahan-bahan pecal kegemaran anda! :D

Antara bahan-bahan yang anda boleh nikmati bersama kuah ini ialah tauhu, nangka muda, taugeh, kangkung, jantung pisang, pucuk ubi, pucuk paku dan paku rawan. Anda juga boleh mengubahsuai mengikut cita rasa anda. Selamat mencuba!

Sumber resepi: Farah Latib Cool

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi klasik yang sedap di sini:

Leave a comment