“Letak Mentos, Mesti Meletup”, Lawak Betul Reaksi Netizen Mengenai Nasi Goreng Coke Viral
What kind of fusion is this?
Baru-baru ini, tular nasi goreng pelik dijual di Bhau Omelet Centre di Vadodara, India yang popular dengan pelbagai hidangan telur yang unik
Antara hidangan telur unik yang menarik perhatian netizen ialah Nasi goreng telur yang mengandungi 30 biji telur dan dicampurkan dengan Coca Cola. Ye... Coca Cola! Pelik sungguh... Emm, apa rasanya?
Jom kita tengok resepinya:
Nasi goreng ini mengandungi 30 biji telur, kemudian ditambah dengan rempah ratus.
Ditambah pula dengan Coca Cola....
Dihidangkan dengan hirisan keju dan daun sup...
Sementara itu, jom tengok komen netizen yang buatkan anda dekah!
Salah seorang netizen mengatakan bahawa, kalau ditambah Mentos sebagai bahan ni, confirm nasi goreng ini akan meletup boom!
Selain itu, netizen berkata, mungkin tukang masak bingung dan confused antara Coca Cola dan kicap soya, itu jadi salah satu sebab kenapa diletakkan Coca Cola. Hahaha.
Mungkin selepas ini akan ada tayangan "NASI GORENG ASID"- Sejenis fusion menakjubkan yang anda mesti cuba!
Banyak lagi komen yang lawak...
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!