makan

Pengat Pisang, Sira Pisang & 5 Resepi Manisan Anda Boleh Hasilkan Dengan Pisang. Simple!

Jom hasilkan resepi-resepi menggunakan pisang ini. Tak perlu lagi membazir!

Cover image via MyResipi

1. Resepi Mufin Coklat Pisang

Mufin Coklat Pisang

Image via MyResipi

Mufin Coklat Pisang ini sememangnya enak kerana mempunyai gabungan rasa pisang dan coklat. Rasa coklat yang mantap dan rasa pisang yang manis pasti akan membuat anda tambah berkali-kali. Bukan itu sahaja, mufin ini juga sangat gebu dan sesuai dinikmati dengan secawan kopi atau teh.

Dapatkan resepi Mufin Coklat Pisang di sini

2. Kek Pisang Gebu

Kek Pisang Gebu

Image via MyResipi

Untuk resepi kek pisang yang paling simple sekali, anda wajib sekali mencuba resepi Kek Pisang ini. Anda hanya perlu lenyekkan pisang, gaul semua bahan-bahan dan bakar. Resepi ini juga khas buat anda yang ingin menggunakan lebihan buah pisang yang sudah ranum. Dijamin sedap! 

Dapatkan resepi penuh Kek Pisang Gebu di sini

3. Pengat Pisang Manis

Pengat Pisang Manis

Image via MyResipi

Pengat Pisang Manis ini sememangnya pencuci mulut yang paling enak sekali. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah ia mempunyai pisang, caca dan kuah santan yang lemak manis. Memang puas lah! Pencuci mulut ini juga sedap dinikmati ketika panas atau sejuk. 

Dapatkan resepi penuh Pengat Pisang Manis di sini

4. Cucur Kelapa Pisang

Cucur Kelapa Pisang

Image via MyResipi

Untuk kudapan waktu petang yang unik, anda wajib mencuba resepi Cucur Kelapa Pisang ini. Resepi ini sangat mudah kerana anda hanya memerlukan 6 bahan-bahan asas dapur yang murah. Kelapa parut juga menambahkan tekstur yang menarik kepada cucur ini. Sekali rasa, pasti nak lagi! 

Dapatkan resepi Cucur Kelapa Pisang di sini

5. Pulut Pisang Emas

Pulut Pisang Emas

Image via MyResipi

Untuk kuih yang simple dan istimewa, anda wajib sekali mencuba resepi Pulut Pisang Emas ini. Gandingan pisang dan pulut santan pasti akan mencuri hati anda. Resepi ini juga menggunakan pisang emas yang manis di samping rasa pulut santan yang lemak. Memang layan!

Dapatkan resepi Pulut Pisang Emas di sini.

6. Kuih Talam Pisang

Kuih Talam Pisang

Image via MyResipi

Kuih Talam Pisang ini sememangnya menarik sekali kerana mempunyai satu lapisan santan dan satu lagi lapisan pisang. Kuih ini juga mempunyai tekstur yang lembut seperti kastad. Resepi ini juga mempunyai rasa manis yang tidak berlebihan kerana buah pisang mempunyai rasa manis yang semula jadi. Makan berkali-kali pun tak muak! 

Dapatkan resepi Kuih Talam Pisang di sini

7. Sira Pisang Nangka

Sira Pisang Nangka

Image via MyResipi

Untuk resepi yang lain daripada lain, anda wajib sekali mencuba resepi Sira Pisang Nangka ini. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya memerlukan 5 bahan-bahan sahaja. Sira gula resepi ini juga sangat aromatik kerana mempunyai bahan-bahan seperti bunga cengkih dan daun pandan. 

Dapatkan resepi Sira Pisang Nangka di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi berasaskan pisang yang mudah di sini:

Jom try resepi-resepi kuih yang unik pula:

You may be interested in: