12 Resepi Mudah Ini Akan Buat Golongan 20an Rasa Malu Kalau Masih Tak Reti Masak
Resepi yang senang dan simple ini sebelah mata pun boleh 'settle'. Boleh dijadikan modal untuk pikat hati bakal ibu mertua. ;)
1. Nasi goreng Ayahanda
Bahan-bahannya:
6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering - direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara membuatnya:
Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.
Sumber: Sajian Dapur Bonda
2. Maggie goreng sempoi
Bahan-bahannya:
Maggi - rebus hingga lembut
Daging / ayam
Sosej
Bawang merah
Bawang putih
Cili api / cili mesin
Perencah maggi kari
Kobis
Telur
Sedikit kicap - untuk menggelapkan sedikit warna maggi
Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah Maggi. Masukkan juga sedikit kicap dan sayur. Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.
Sumber: Intai Dapur
3. Nasi ayam keinsafan
Bahan-bahan kuah sup:
1 ekor ayam - buang kulit dan potong 4
1 biji bawang besar kuning - hiris
3 bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
Sup bunjut
Sedikit bawang goreng
Daun sup
Garam
Cara-cara membuatnya:
Tumis bawang hiris, halia dan sup bunjut sehingga wangi. Masukkan ayam dan masak sehingga air ayam kering. Masukkan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak. Masukkan bawang goreng, garam dan sedikit perasa. Tutup api dan keluarkan ayam. Semasa hendak dihidangkan, tabur daun bawang/daun sup.
Bahan-bahan nasi ayam:
Beras - basuh dan tos
Kuah sup
Daun pandan
Cara-cara membuatnya:
Masukkan air rebusan ayam dan daun pandan, kemudian masak dalam rice cooker sehingga nasi masak. Setelah nasi masak, buatkan 2 lubang pada nasi dan masuk 2-3 sudu besar mentega ke dalamnya. Tutup semula dengan nasi. Akhir sekali, kacau rata.
Bahan-bahan ayam goreng:
Ayam yang rebus tadi - angkat dan tos
Kicap
Cara-cara membuatnya:
Lumur ayam dengan kicap dan goreng di saat hendak dihidangkan. Angkat dan potong ayam mengikut suka hati. Siap untuk dihidangkan bersama sayuran salad, timun dan buah tomato.
Sumber: Azie Jaya
4. Kari ayam tak menggemukkan
Bahan-bahannya:
3 ketul ayam
2 sudu rempah kari Baba's
1/2 bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
1 biji kentang
1 cawan air
2 sudu minyak
Secubit rasa
Cara-cara membuatnya:
Mula-mula panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak. Akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula dan biar sehingga sedikit pekat. Siap untuk di hidang!
Sumber: Norfanil
5. Ikan masak singgang campak-campak
Bahan-bahan:
Ikan, apa-apa jenis pun tak apa
Lengkuas
Kunyit
Bawang putih (diketuk)
Kacang bendi (dipotong dua)
Asam keping
Air 1 1/2 cawan
Garam dan secukup rasa
Cara-caranya:
Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih. Masukkan ikan, asam keping dan kacang bendi. Biarkan sampai ikan masak. Kemudian, masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Siap untuk dihidang.
Sumber: Norfanil
6. Ayam goreng kunyit comel
Bahan-bahannya:
Ayam yang dipotong kecil
Serbuk kunyit
Serbuk cukup rasa
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Tambahan: Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.
Cara-cara membuatnya:
Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan etepikan. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun cun. Hidangkan dengan nasi panas.
Sumber: Aida Sue
7. Telur masak masam-masam manis
Bahan-bahannya:
Telur ayam, jumlah ikut suka
Seulas bawang putih
Sos cili
Air
Gula
Cara-cara membuatnya:
Goreng telur ala mata kerbau dan asingkan. Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat dan tumiskan. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan sos cili dalam kuantiti yang juga ikut suka. Jika anda suka makan berkuah, masukkan banyak sedikit. Akhir sekali, masukkan sedikit air untuk mencairkan sos dan masukkan gula. Kacau sehingga masak. Tuangkan sos ini ke atas telur mata yang telah digoreng tadi.
Sumber: halaqah.net
8. Sambal sardin goreng rasa lapar
Bahan-bahannya:
1 tin sardin
4 ulas bawang putih
15 biji cili padi (tambah jika ingin pedas)
Bawang besar - hiris
Garam
Serbuk perasa
Cara-cara membuatnya:
Tumbuk bawang putih dan cili padi sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi.Masukkan ikan sardin sahaja dulu dan biarkan bergoreng bersama minyak dan bahan tumis tadi. Balik balikkan ikan supaya masak rata. Masukkan sos sardin, bawang besar dan garam serta serbuk perasa. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas. Sedap dimakan dengan nasi putih atau roti.
Sumber: Azie Jaya
9. Ayam masak kurma sekelip mata
Bahan-bahannya:
Ayam
Ubi kentang
Bawang besar
Bawang putih
Perencah kurma ayam daging
Susu cair
Cara-cara membuatnya:
Potong bawang kesemuanya dan kisar dalam mesin pengisar. Kemudian, masukkan dalam periuk berisi minyak panas. Tumis hingga warna coklat dan keluar bau wangi serumah. Masukkan perencah kurma ayam mengikut sesedap hati. Kalau rasa kering sangat, tambah air sikit. Dan seterusnya letakkan ayam dan kentang yang telah dibasuh dan dipotong dan kacau. Masukkan air ke dalam periuk dan tutup periuk. Bila dah 15 minit dan ayam dah masak, masukkan hirisan lebihan bawang serta garam dan gula mengikut cubit rasa. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk. Perlahankan api. Akhir sekali baru masukkan susu cair.
Sumber: fasyshane
10. Roti Johan
Bahan-bahannya:
Telur
Serbuk perasa
Lada putih
Daun sup
Bawang putih goreng
Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
Kobis yang diracik halus
Cara-cara membuatnya:
5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.
Sumber: Anak Bonda
11. Pizza roti Gardenia
Bahan-bahannya:
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan dipotong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa pun boleh)
Bawang Merah potong halus
Cili besar potong halus
Daun parsley
Minyak zaitun
Cara-cara membuatnya:
Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili, kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi, ikutlah susun ikut mana pun sukahati. Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.
Sumber: Yanmie Online
12. Jemput-jemput bilis goreng
Bahan-bahannya:
Tepung secukup rasa
Sebiji telur
Sepaket rencah nasi goreng, tak kisah perisa apa
Secawan air panas
Secawan air sejuk
Ikan bilis goreng
Cara-cara membuatnya:
Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk. Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk. Masukkan ikan bilik dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.
Sumber: Anak Bonda