makan
Ini Resepi Popcorn Karamel Ala Garret Popcorn Hanya Guna 5 Bahan Saja. It's Movie Time!
Layan movie bersama popcorn. :)
Cover image via
Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Rindu popcorn? Jangan risau lagi, kali ini settle dah, tak perlu mengidam lagi. Boleh buat popcorn kat rumah je!
Image via GIPHY
Boleh makan sambil tengok TV, Netflix and chill kan? Tunggu apa lagi? Jom ikuti resepi popcorn karamel yang dikongsikan oleh Fainda Farahin Fainda Farahin. Nampak menyelerakan! Senang je guys...
Bahan-bahan:
- 1 cawan bertih jagung
- 5 sudu besar minyak masak
- 1 cawan gula perang
- 125g butter
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dengan menggunakan api kecil. Kemudian, masukkan bertih jagung. Kacau dan tutup periuk.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
2. Tunggu sehingga bunyi pop-pop tanda dah masak. Keluarkan dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan gula perang dan biarkan sehingga larut.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
4. Kemudian, masukkan butter. Gaul sehingga sebati.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
5. Seterusnya, masukkan soda. Kacau sehingga warna menjadi cerah. Tutup api.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
6. Tuangkan karamel tadi ke atas popcorn. Gaul rata.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
7. Masukkan popcorn ke dalam loyang. Bakar selama 30 minit pada suhu 150°C. Keluarkan setiap 5 minit dan gaul supaya popcorn tak menjadi ketulan.
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Siap, sejukkan sebelum makan... Dah boleh berNetflix!
Image via Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!
Image via Seismik Makan