Ini 7 Resepi Juadah Petang Dihasilkan Guna Air Fryer. So Delicious & Simple!
Tunggu apa lagi? Tinggal masukkan sahaja!
Anda seorang yang suka minum petang? Anda juga suka sediakan makanan yang simple dan cepat? Tak suka leceh dan ambil masa yang lama?
Jom ikuti koleksi resepi minum petang yang gunakan air fryer ni. Cepat dan pantas seperti kilat. Confirm tak sampai 10 minit untuk sediakan makanan yang sedap ini. Tunggu apa lagi? Jom, jangan biarkan keluarga anda kelaparan...
1. Mini sosej puff pastry
Hanya perlukan 4 bahan untuk siapkan hidangan ini. Pasti anak-anak akan suka! Kalau ada yang dah lapar, bolehlah sediakan juadah ni. Express betul, anak-anak tak menangis tunggu makanan nak siap, tinggal masuk dalam air fryer je.
Dapatkan resepi penuh di sini.
2. Mini pizza cups
Wah, terliur dah tengok piza ni. Siapa je tak suka piza kan? Bukan anak-anak je, orang dewasa pun suka. Mana taknya, rasa cheesy tu umphh memang nikmat! Nak buat piza mini ini sangat senang, lagi lagi dalam cawan. Tinggal masukkan bahan and there you go.
Dapatkan resepi penuh di sini.
3. Roti bakar pisang
Roti bakar pisang ala Banana kaya Domino's yang viral ini semestinya mudah dihasilkan menggunakan air fryer. Tinggal sapu mentega, telur dan gula. Letakkan pisang sebagai topping, kemudian masukkan dalam air fryer. Settle! Senang kan?
Dapatkan resepi penuh di sini.
4. Smores
Tak percaya kan boleh buat smores guna air fryer? Hanya perlukan 3 bahan, anda boleh hidangkan makanan yang lazat setaraf kafe di luar. Jom cuba!
Dapatkan resepi penuh di sini.
5. Chocolate Oreo cupcake
Sukakan Oreo? Suka coklat juga? Nah ini dia, chocolate Oreo cupcake. Hanya 3 bahan untuk siapkan manisan ini, step pun simple je, tinggal blend dan masukkan dalam air fryer. Nikmat apa yang engkau dustakan? Jangan malas lagi, jom!
Dapatkan resepi penuh di sini.
6. Roti marjerin gula
Roti kat rumah banyak lagi dan dah nak expired? Jom sapu marjerin masukkan dalam air fryer dan taburkan gula. Rasa macam makan roti kok... Rangup dan sedap. Ni kalau makan dengan kopi atau teh, perfect!
Dapatkan resepi penuh di sini.
7. Chicken cheesy fries
Asyik makan kentang goreng je kan? Jom tukar selera. Cuba resepi ini, confirm you guys akan suka. Cheesy and easy to make!
Dapatkan resepi penuh di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!