makan

Ini Cara Hasilkan Kari Kambing Yang Likat & Sedap. Aromanya Sangat Menyelerakan!

Dihidangkan dengan nasi panas-panas.

Cover image via Rosni Musa (Facebook)

Rasa nak makan makanan yang boleh panaskan badan? Lepas makan tu, rasa warm je...

Apa kata cuba kari kambing? Boleh masak untuk dinner!

Image via Chef Hanieliza

Makan kuah kari panas-panas bersama nasi putih. Daging kambing yang tidak liat dan lembut. Umphh, memang padu. Alangkah nikmatnya! Tunggu apa lagi? Jom follow tips dan resepi dari pemilik akaun Facebook, Rosni Musa

Bahan-bahan:

  • Daging kambing
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili 
  • Serai 
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Santan
  • Asam keping
  • Daun kari
  • Kerisik

Cara penyediaan:

1. Basuh daging kambing dengan air yang dicampur dengan tepung untuk menghilangkan bau. 
2. Masukkan daging kambing ke dalam pressure cooker. Masak sehingga daging lembut dan tak liat. 
3. Sementara menunggu daging empuk, kisarkan bawang besar, bawang putih dan halia. 
4. Panaskan minyak dan tumiskan 4 sekawan dan serai yang telah dititik. 
5. Masukkan daun kari dan tumiskan seketika. 
6. Masukkan bahan kisar dan kacau. 
7. Seterusnya, letakkan serbuk cili dan serbuk kari. Kacau rata. 
8. Kemudian, masukkan sedikit air dan kacau sebati. 
9. Tumiskan sehingga minyak pecah.
10. Tips untuk sedapkan kuah kari, masukkan air sedikit lagi dan tumis sehingga pecah minyak. Ulang sebanyak dua kali. Biarkan pecah minyak dan masukkan sedikit air lagi. 
11. Masukkan daging kambing dan kacau sehingga sebati. Jika tiada pressure cooker, renehkan daging sehingga lembut dan empuk. 
12. Tuangkan sedikit santan dan kacau.
13. Masukkan kentang dan masak sehingga empuk. 
14. Kemudian, masukkan asam keping. Perasakan dengan garam, Maggie cukup rasa, sedikit gula dan kerisik. Kacau sehingga sebati. 

Ta-daaaa dah siap kari kambing yang likat dan power ni! Sedia untuk dihidang dengan nasi putih...

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Lebih enak lagi bila dihidang dengan nasi minyak... Fuh, mantap!

Ingin resepi lauk yang senang dan sedap?

Jom belajar masak lauk wajib: