makan

Inilah Rahsia Hasilkan Rendang Ayam Macam Air Tangan Mak

Rendang express by mak mak.

Cover image via Riana Samad (Facebook)

Rindu kampung... Rindu rendang mak? Biasalah, air tangan mak je yang sedap nak hasilkan semua masakan.

Image via resepichenom

Rendang ayam semestinya ada rempah-rempah dan teknik-teknik yang perlu ikut supaya aromanya tetap wangi dan menyelerakan... Jom belajar masak dengan resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook, Riana Samad

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kunyit
  • Serai
Bahan lain:
  • Ayam
  • Asam jawa (kepingan)
  • Santan 
  • Kerisik
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kisarkan bahan kisar sehingga lumat.
2. Masukkan minyak. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan kering. Kemudian, masukkan kepingan asam jawa untuk hilangkan hanyir dan sedapkan rasa. 
3. Dalam kuali asing, masukkan ayam, bahan tumis, santan, kerisik, gula dan garam secukupnya dan masak menggunakan api sederhana. Gaul sehingga sebati. 
4. Tutupkan dan tunggu sehingga masak. 
5. Masukkan daun limau purut untuk aroma yang lebih wangi. 

Yay... Rendang ayam is done... Jom ambil nasi, makan sama-sama. Kalau nak lagi sedap, boleh sediakan nasi minyak. Wuu, confirm letops!

Kredit resepi: Riana Samad

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi lauk-pauk yang sedap?