6 Top Resepi Sup Panas Yang Ringkas Dibuat Dan Enak Dimakan Ketika Musim Hujan
Resepi ini sangat sesuai untuk panaskan badan yang menggeletar semasa cuaca sejuk.
Musim-musim hujan ni sedap kalau makan sup panas-panas.
Jom hasilkan comfort food untuk keluarga tercinta.
Resepi-resepi ini juga sesuai dimakan untuk orang yang hilang selera dan demam.
Aroma yang menyelerakan emmm sedap, onz teruk!
1. Stew ayam, kentang & cendawan
Resepi yang penuh dengan nutrisi ini sangat sesuai untuk sesiapa yang demam atau sakit. Kuah yang cukup kaw dan likat ini mengembalikan selera anda. Dengan menggunakan ayam, kentang dan cendawan. Hidangkan bersama nasi putih, atau dimakan begitu sahaja dengan kepingan roti.
Dapatkan resepi Stew ayam, kentang & cendawan di sini.
2. Sup telur stail Melayu
Resepi yang sangat simple ini hanya guna telur, fishball dan carrot sebagai bahan utama. Anak-anak mesti suka. Hidangkan panas-panas, makan bersama nasi putih. Emmm, heaven! Boleh tambah sedikit cili padi kepada sesiapa yang suka pedas.
Dapatkan resepi sup telur stail Melayu di sini.
3. Sup telur Stail Cina
Emm, nak cuba stail baru lah, jom try stail Cina pula. 6 bahan je untuk hasilkan hidangan ni. Aroma yang wangi fuhh enak dimakan begitu sahaja. Syoknya makan sup panas-panas. Bahan pun mudah didapati di rumah anda. Siap dalam 20 minit!
Dapatkan resepi penuh sup telur stail Cina di sini.
5. Sup Wantan
Sup wantan ni memang padu teruk. Sup jernih yang mempunyai aroma wangi dan wantan yang berintikan daging. Perfect combo! Dihidangkan bersama mi atau nasi juga sangat sesuai. Tunggu apa lagi? Jom hasilkan sup wantan homemade yang dijamin halal.
Dapatkan resepi penuh sup wantan di sini.
6. Mushroom soup
Emm, tekak western? Nah, mushroom sup yang penuh dengan rasa cendawan ni confirm tak rasa muak. Rasa kaw tu, fuhhh letop. Lagi sempurna kalau dihidangkan bersama garlic bread. Rasa nak tambah lagi! Dijamin lebih sedap daripada mushroom sup instant dalam tin.
Dapatkan resepi penuh Mushroom soup di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram