makan

Lebih 3K 'Shares', Ibu Ini Kongsi Resepi Sup Telur Kegemaran Anaknya. So Delicious!

Anak-anak puji, mama senang hati.

Cover image via Nora Azni (Facebook)

Musim-musim sejuk ni, sedap kalau makan makanan bersup, panas-panas. Emm so warm...

Image via mStar

Resepi sup telur ini merupakan resepi yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan. 

Mana taknya, bahan-bahan boleh didapati dalam dapur rumah sahaja! 

Jom hasilkan sup telur paling sedap didunia, hidangkan dengan nasi panas, emm anak-anak mesti menambah-nambah. 


Bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur ayam
  • 7 biji fishball (dibelah dua)
  • Setengah biji carrot (dibelah dua dan potong biasa)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • Separuh kiub pati ayam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 2 gelas air putih (lebihkan kalau guna telur yang banyak)
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan garing. Masukkan carrot.
3. Masukkan 2 gelas air putih, kiub pati ayam, garam dan lada sulah secukup rasa. Kecilkan api apabila kuah mendidih. 
4. Masukkan telur (biarkan sehingga masak dan jangan kacau).
5. Masukkan fishball apabila telur dah masak. Hidangkan dengan bawang goreng dan daun sup. 

Ta-daaaa, siap dah sup telur paling sedap di dunia!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom tengok resepi sup yang lain:

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gajet dapur ini:

You may be interested in: