Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sup Wantan 'Homemade' Yang Halal & Ringkas!
Jom cuba hasilkan sup wantan yang lazat ini. Mudah dah dijamin halal!
Wantan sememangnya enak digoreng. Tetapi jika dinikmati dengan sup, pasti lagi memuaskan. Memang sesuai untuk waktu hujan ini. Padu!
Sup wantan juga antara hidangan yang ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti wantan sahaja. Anda juga boleh mengubah suai inti wantan mengikut cita rasa anda. Dijamin puas hati! Jom cuba? :D
Untuk resepi sup wantan yang simple dan enak, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Wany Lifa yang telah mendapat sebanyak 6.4k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Bahan dumplings
- 300 gram daging ayam cincang
- Setengah batang lobak merah (diparut)
- 1 biji bawang besar (dicincang halus)
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Daun sup (dipotong halus)
- Daun bawang (dipotong halus)
- 2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 3 sudu minyak bijan
- 2 sudu serbuk perasa (jenama Maggi Cukup Rasa)
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- Kulit wantan (boleh dibeli di pasar raya atau kedai)
- 6 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
- 1 inci halia (diketuk dan dicincang)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Sedikit serbuk lada sulah
- Kiub ayam (jenama Maggi)
- Garam dan gula (secukupnya)
- Sos cili thai
- Daun ketumbar
Jom ikuti cara menghasilkan wantan dan sosnya pula:
2. Gaulkan sehingga sebati dan perap selama 10 minit.
4. Kemudian, kelimkan wantan mengikut kreativiti anda. Pastikan isi wantan ditutup rapi.
6. Apabila wantan sudah siap, keluarkan dari pengukus. Ketepikan.
7. Kemudian, gabungkan sos thai dengan daun ketumbar. Gaul sebati.
Kemudian, sediakan pula sup untuk wantan:
2. Masukkan satu mangkuk air di dalam periuk.
3. Masukkan minyak bijan, lada sulah, kiub ayam Maggi, garam dan gula secukupnya.
4. Biarkan sup mendidih.
5. Kemudian, masukkan wantan yang sudah siap dikukus ke dalam periuk. Biarkan reneh selama 2 hingga 3 minit.
6. Seterusnya, taburkan daun bawang.
7. Sup wantan sudah siap!
Apabila wantan sup sudah siap, inilah hasilnya. Wantan memang padat dengan daging manakala sup pula lazat dan memuaskan!
Sumber resepi: Wany Lifa
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!