makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Mi Celup Ala Thai 'Simple' & Lazat. Padu!

Jom cuba hasilkan Mi Celup yang ringkas dan confirm sedap ini!

Cover image via Afy AL Habibi

Mi Celup sememangnya begitu terkenal sekali di Pantai Timur kerana kuahnya yang begitu padu dan dipenuhi dengan isi ayam, daging dan organ dalaman yang flavourful

Hidangan lazat ini memang agak sukar untuk didapati di luar kawasan Pantai Timur. Jika ada sekali pun, rasanya tidak sehebat apa yang boleh didapati di sana.

Tetapi hidangan ini sangat mudah untuk dihasilkan di rumah. Anda hanya perlu menyediakan kuah dan topping sahaja. Dijamin lebih puas hati! Jom cuba? :D

Untuk resepi Mi Celup yang power tetapi ringkas, ikuti perkongsian pengguna Facebook Afy AL Habibi yang telah mendapat sebanyak 2.4k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

Bahan sup

  • Daging lembu buku besar (dipotong tebal dan besar, jangan dihiris)
  • Tulang lembu
  • Sup bunjut
  • Perut lembu (dicuci bersih)
  • Garam secukup rasa
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 sudu kicap lemak manis
  • 1 sudu kicap pekat Jalen
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 genggam taugeh
Bahan topping
  • Kangkung
  • Taugeh
  • Maggi atau kuey teow atau mi atau bihun
  • Isi daging
  • Isi ayam
Rencah tambahan
  • Gula
  • Garam halus
  • Kacang tanah tumbuk
  • Air lada
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng dadu
  • Cili siam jeruk
  • Sos ikan
  • Perencah maggi
  • Limau nipis
  • Daun sup
  • Serbuk lada sulah

Jom ikuti cara membuatnya pula:

1. Penuhkan periuk dengan air.

2. Masukkan daging, tulang lembu dan 1 sup bunjut. Pada api yang perlahan, biarkan air mendidih.

3. Apabila daging sudah empuk, masukkan perut lembu dan ketulan ayam.

4. Tambahkan garam mengikut cita rasa anda.
5. Kemudian, keluarkan isi sup seperti daging, perut lembu dan isi ayam kecuali tulang. 
6. Carikkan isi daging dan ayam. Hiriskan perut.
7. Apabila semua isi sudah dikeluarkan dari sup, masukkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
8. Kemudian, masukkan segenggam taugeh.
9. Biarkan sup mendidih pada api yang perlahan.
8. Untuk topping, celurkan kangkung dan taugeh seketika di dalam air yang mendidih.
9. Seterusnya, rebuskan Maggi atau apa sahaja mi pilihan anda. 
10. Sediakan topping dan rencah Mi Celup di dalam bekas untuk dihidangkan.

Apabila semua bahan sudah siap, Mi Celup kini sudah sedia untuk dihidangkan. Memang menyelerakan, confirm terangkat!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: