makan

Resepi Nasi Goreng USA Sedap, Berisi Banyak & Sangat Memuaskan. Kalah Gerai-Gerai!

Nasi Goreng USA dimakan dengan telur mata dan cili potong kicap memang padu! Jom belajar cara menghasilkan resepi nasi goreng popular Malaysia ini!

Cover image via

Tidak boleh dinafikan bahawa nasi goreng adalah antara hidangan paling popular di Malaysia.

Dari pagi ke petang, siang ke malam, nasi goreng memang perfect untuk dinikmati pada bila-bila masa!

Image via giphy.com

Comfort food ini boleh didapati di rata-rata tempat dan bilangan variasi nasi goreng yang terdapat di Malaysia tidak boleh terkira. Yang penting, semuanya sedap! 

Senang untuk dibuat, nasi goreng juga merupakan hidangan ideal untuk dihasilkan di rumah kerana ianya sangat murah dan boleh dinikmati ramai orang. 

Jika anda hendak memasak nasi goreng yang sedikit unik, Nasi Goreng USA ini memang lain daripada yang lain kerana dihidangkan dengan paprik sotong udang berkuah pedas

Dimakan lagi bersama telur mata kerbau dan juga cili potong kicap, memang layan! 

Tonton video di bawah untuk pelajari cara menghasilkan Nasi Goreng USA yang sedap:

RESEPI PENUH NASI GORENG

Image via imgur.com

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji lobak merah
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 cawan isi ayam
  • 1 cawan sawi jepun
  • 3 cawan nasi putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara

1. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan 2 sudu besar minyak dan gorengkan 1 biji bawang kuning dan 3 ulas bawang putih sehingga wangi. 

2. Masukkan 1 biji lobak merah, 3 sudu besar cili boh, garam, gula perang dan lada hitam secukup rasa. Tumis sehingga pecah minyak. 

3. Masukkan 1 cawan isi ayam, 1 cawan sawi jepun, dan 3 cawan nasi putih. Gaul sehingga rata. 

4. Goreng ayam sudahpun siap untuk dinikmati!

RESEPI PENUH PAPRIK

Image via imgur.com

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang kuning
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • Gula perang secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 3 batang jagung muda
  • 8 ekor udang
  • 1 cawan sotong putih
  • 5 biji tomato ceri

Cara

1. Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng 1 bawang kuning, 3 ulas bawang putih, 3 biji cili padi sehingga wangi.

2. Masukkan 3 sudu besar cili boh, 1 sudu besar sos tomato, 1 sudu besar sos cili, garam, gula perang dan lada hitam secukup rasa. 

3. Masukkan 1 cawan sotong putih, 8 ekor udang, 3 batang jagung muda dan 5 biji tomato ceri. Masakkan seketika. 

4. Paprik sotong & udang sudahpun siap untuk dihidang! 

Memasak hidangan goreng seperti nasi goreng pasti akan mengibatkan rumah berbau seperti asap dan permukaan-permukaan menjadi berminyak.

Untuk menangani masalah ini, TEKA telah memperkenal suction hood yang boleh memastikan rumah anda bebas dari bauan asap.

Image via TEKA

Dilengkapi dengan Teknologi Kraftvoll, TEKA Suction Hood memastikan dapur dan rumah anda bebas dari asap dan bau.

Menggunakan dwi-motor berkuasa optimum, asap dari masakan diserap dengan lebih efektif. Dengan 5 lapisan pelapis, suasana memasak lebih bersih dan proses pembersihan pun lebih senang! 

Bau busuk juga dapat dikurangkan dengan teknologi 2-way extraction. Tambahan pula, badan hood diperbuat dari diecast metal berkualiti untuk kurang gegaran, lebih stabil dan tahan lasak.

Tunggu apa lagi? Tak perlu bersusah-payah mencuci dapur selepas memasak lepas ni! Dapatkan TEKA Suction Hood untuk suasana memasak yang lebih selesa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web TEKA di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via says.com

Dapatkan banyak lagi resepi-resepi menarik di bawah: