makan

Lebih 2k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Manisan Arab Kunafa Yang Dipenuhi Keju!

Jom hasilkan pencuci mulut Kunafa yang unik dan mudah ini. Nikmat!

Cover image via

Kunafa merupakan sejenis manisan dari timur tengah yang mengandungi keju seperti mozarela dan cheddar dan ditaburi kacang pistachio

Baru-baru ini, kunafa telah tular di media sosial. Manakan tidak, manisan ini bukan sahaja mempunyai tekstur yang rangup, malah isi dalamnya begitu lembut, lemak dan manis. 

Kunafa juga mudah sekali untuk dihasilkan di rumah kerana anda hanya perlu menggabungkan bahan-bahan dan bakarkan di dalam ketuhar. Sesuai untuk anda yang ingin menyediakan dessert dalam masa yang singkat!

Untuk resepi kunafa simple dan dijamin lazat, ikuti perkongsian pengguna Facebook Maslena Alwi II yang telah mendapat sebanyak 2.1k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 500 gram doh kunafa segera (boleh didapatkan di Shopee atau pembekal barang pastri)
  • Keju cheddar (secukupnya)
  • 200 gram keju mozarela
  • 250 gram keju krim
  • 1/2 tin susu pekat
  • 50 gram gula aising
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 70 gram mentega
  • 1 biji telur kuning (optional)

Jom ikuti cara membuatnya pula:

  1. Untuk menghasilkan inti, gabungkan keju krim, susu, gula dan mentega dalam satu mangkuk besar. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan telur kuning dan esen vanila. Gaul sehingga rata.
  3. Sapukan sedikit mentega pada loyang dan juga doh kunafa.
  4. Taburkan separuh doh kunafa ke dalam loyang. 
  5. Kemudian, masukkan adunan krim keju.
  6. Seterusnya, taburkan doh kunafa yang selebihnya sehingga menutupi adunan keju krim.
  7. Bakarkan kunafa selama 15 hingga 20 minit atau sehingga keperangan.

Apabila kunafa sudah siap, inilah hasilnya! Pastikan kunafa dihidangkan panas-panas untuk kelazatan yang maksima. Jangan lupa untuk taburkan kacang pistachio!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi desserts di sini:

You may be interested in: