seismik

Rasa Tak Sedap Badan? Ini Dia 10 Resipi Sup Dan Bubur Yang Boleh Anda Cuba

Take care!

Cover image via My Resipi

Nampaknya semakin ramai yang berasa kurang sihat dan diserang sakit tekak, demam, selsema dan batuk sejak akhir-akhir ini

Image via Gifmania

Anda begitu juga? Ini dia resipi-resipi sup dan bubur simple yang boleh anda cuba:

1. Bubur Ayam

Image via My Resipi

Apabila terasa tidak sihat, tiada yang lebih menenangkan daripada semangkuk bubur ayam. Jika mahu, anda boleh juga memasak bubur ini secara pukal dan bekukan untuk dimakan pada hari-hari lain.

Dapatkan resipi penuh Bubur Ayam di sini.

2. Sup Tulang

Image via My Resipi

Apabila rasa tidak sedap badan, cubalah resipi Sup Tulang comforting ini. Untuk memudahkan lagi penyediaan sup ini, anda boleh juga meletakkan kesemua bahan ke dalam slow cooker dan biarkan masak sehingga daging empuk.

Dapatkan resipi penuh Sup Tulang di sini.

3. Mihun Sup Perut

Image via My Resipi

Walaupun memerlukan beberapa langkah extra, hasilnya pasti memikat selera! Nikmati Mihup Sup homemade anda bersama dengan hirisan perut dan tauhu goreng.

Dapatkan resipi penuh Mihun Sup Perut di sini.

4. Sup Udang

Image via My Resipi

Udang mengambil masa yang singkat untuk dimasak, menjadikan resipi ini perfect untuk anda yang inginkan resipi sup ringkas.

Dapatkan resipi penuh Sup Udang di sini.

5. Sup Ikan Haruan

Image via My Resipi

Lebih sukakan ikan? Sup Ikan Haruan ini juga cukup sedap dan begitu mudah untuk dibuat!

Dapatkan resipi penuh Sup Ikan Haruan di sini.

6. Sup Pasta Meatballs

Image via My Resipi

Tiada selera untuk makan? Resipi sup istimewa beserta makaroni dan bebola daging homemade ini pasti akan ubah fikiran anda! ;)

Dapatkan resipi penuh Sup Pasta Meatballs di sini.

7. Sup Tauhu

Image via My Resipi

Untuk yang inginkan idea sup sayuran pula bolehlah mencuba resipi Sup Tauhu yang dimasak bersama lobak merah, ubi kentang dan telur ini.

Dapatkan resipi penuh Sup Tauhu di sini.

8. Sup Telur

Image via My Resipi

Inginkan sedikit extra flavour dalam sup anda? Resipi Sup Telur ini dimasak bersama cili padi dan tomato segar untuk memberikan rasa masam-masam pedas.

Dapatkan resipi penuh Sup Telur di sini.

9. Bubur Kacang Merah

Image via My Resipi

Lebih sukakan bubur manis? Resipi Bubur Kacang Merah ini wajib anda cuba!

Dapatkan resipi penuh Bubur Kacang Merah di sini.

10. Bubur Barli

Image via My Resipi

Dengan kuah likatnya, bubur lemak manis ini juga boleh dicuba untuk memanaskan badan lagi-lagi di hari hujan.

Dapatkan resipi Bubur Barli di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini: