makan

Cara Masak Stew Ayam, Cendawan & Kentang Yang Ringkas, Sedap & Penuh Nutrisi

Kan best kalau dapat menikmati semangkuk Stew Ayam, Cendawan & Kentang panas ini pada hari yang sejuk. Pasti terangkat selera!

Cover image via Seismik Makan

Stew adalah hidangan comfort food yang sangat sesuai untuk dinikmati pada hari yang sejuk ataupun bila anda ditimpa sakit demam selsema.

Sesiapa saja pasti akan terangkat selera apabila terhidu aroma wangi bahan tumisan apabila memasak hidangan sihat ini.

Image via Giphy

Minggu ini, jom kita belajar cara ringkas untuk menghasilkan hidangan Stew Ayam, Kentang & Cendawan yang sangat bernutrisi dengan ringkas sekali. 

Resepi ini menggunakan pelbagai bahan segar yang sihat untuk badan dan juga akan menghasilkan kuah likat yang berasa cukup kaw. Dengan penggunaan minyak bijan, hidangan ini pasti akan mengharumkan rumah anda dengan aroma wangi yang kuat yang pasti akan manggamit selera sesiapa sahaja! 

Boleh dimakan dengan pelbagai cara, anda boleh menikmati Stew Ayam ini dengan sepinggan nasi putih panas, dicicah dengan roti, ataupun dimakan saja. Yang mana-mana pun memang ngam punya! 

Tonton video di bawah untuk pelajari cara memasak Stew Ayam Cendawan & Kentang dengan ringkas sekali di bawah:

RESEPI PENUH

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan

Image via Seismik Makan
  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 5 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 cawan tomato ceri
  • 2 sudu makan minyak
  • Cendawan butang
  • 1 biji kentang
  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Lada hitam secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Image via Seismik Makan

Cara

1. Dalam periuk yang telah dipanaskan, masukkan minyak, bawang merah, bawang putih, cili merah dan lobak merah. Tumis sehingga naik bau.

Image via Seismik Makan

2. Masukkan ayam dan goreng sehingga bertukar warna perang.

3. Masukkan cendawan, kentang, tomato ceri dan air tepung jagung. Renehkan seketika. 

Image via giphy.com

4. Masukkan garam, lada hitam dan minyak bijan. Renehkan sehingga ayam masak dan kentang sudah empuk. 

5. Stew Ayam Kentang & Cendawan siap untuk dinikmati bersama roti! 

Image via Seismik Makan

SELAMAT MENCUBA!

Image via Seismik Makan
Image via Seismik Makan

Jangan lupa untuk tag #seismikmakan pada gambar-gambar masakan anda di media sosial!

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi resepi ringkas seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan resepi Sayur Campur Udang Selasa lepas kami di bawah:

Jom cuba buat resepi Stew Daging & Kentang ini juga:

Dapatkan banyak lagi resepi-resepi ayam berkuah menarik di bawah:

You may be interested in: