Singgang Ikan, Sotong & 5 Lagi Resepi Lauk Singgang Asli Yang Anda Wajib Cuba. Simple!
Mudah sahaja nak hasilkan lauk singgang yang lazat dan 'flavourful' ini!
1. Singgang Kambing
Resepi Singgang Kambing ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu mendidihkan semua bahan-bahan di dalam periuk. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai kuah yang pedas, masam dan penuh rempah ratus seperti bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga dan lengukas.
Dapatkan resepi penuh Singgang Kambing di sini.
2. Singgang Ikan Tongkol
Ikan tongkol memang enak jika dimasak singgang kerana rasa rempah ratus seperti lengkuas dan kunyit hidup yang sesuai dengan isi ikan tongkol yang tebal. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menggunakan satu periuk sahaja.
Dapatkan resepi penuh Singgang Ikan Tongkol di sini.
3. Singgang Lemak Ikan
Jika anda mahukan sesuatu yang tidak berkuah tetapi masih mempunyai rasa singgang, resepi Singgang Lemak Ikan ini sangat sesuai dengan selera anda. Walaupun kering, tetapi rasa rempah ratus seperti serai, lengkuas, kunyit hudaup lauk ini begitu mantap sekali. Wajib cuba!
Dapatkan resepi penuh Singgang Lemak Ikan di sini.
4. Singgang Sotong
Untuk sesuatu yang istimewa, anda wajib sekali mencuba resepi Singgang Sotong ini. Rasa kuah yang pedas dan masam menaikkan lagi rasa sotong. Resepi ini juga mudah kerana hanya menggunakan 7 bahan-bahan asas dapur. Memang dijamin lazat!
Dapatkan resepi penuh Singgang Sotong di sini.
5. Singgang Ayam
Resepi Singgang Ayam ini pasti laku di meja makan kerana rasanya yang sesuai dengan semua cita rasa. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sesuai untuk disediakan jika anda sibuk kerana anda hanya perlu mendidih bahan-bahan secara perlahan dalam periuk yang sama. Sangat simple!
Dapatkan resepi penuh Singgang Ayam di sini.
6. Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit
Resepi Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit ini sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang ringkas kerana ikan kembung tidak menggunakan masa yang lama untuk dimasak. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai belacan untuk anda yang mahukan sedikit kick.
Dapatkan resepi Singgang Pedas Ikan Daun Kunyit di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!