7 Resepi Lauk Gulai Ringkas & Sesuai Untuk Semua Cita Rasa. Memang Layan!
Jom hasilkan lauk-lauk gulai yang mudah, lazat dan sesuai untuk semua upacara.
Resepi Daging Gulai Kawah ini memang sangat melazatkan kerana mempunyai rempah ratus seperti kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan jintan. Ditambah pula dengan rasa manis dari daging yang direneh secara perlahan. Lazat sungguh!
Dapatkan resepi penuh Daging Gulai Kawah di sini.
Resepi Gulai Berempah Ikan Haruan ini sememangnya masakan kampung yang klasik. Apa yang menarik tentang resepi gulai ini ialah rasa pedas dan rempah ratus yang seimbang yang sedap dinikmati bersama ikan haruan. Ditambah pula dengan terung yang serap kuah gulai kari ini. Memang layan!
Dapatkan resepi penuh Gulai Berempah Ikan Haruan di sini.
Hidangan Gulai Ayam Dan Nanas ini sangat sesuai untuk anda yang mahukan sesuatu yang pedas dan manis. Buah nanas dalam resepi ini menambahkan lagi rasa fresh dan manis yang sesuai dinikmati bersama ayam dan gulai kari. Pasti sedap kalau dimakan bersama sepinggan nasi panas!
Dapatkan resepi penuh Gulai Ayam Dan Nanas di sini.
Untuk resepi yang mudah, anda wajib mencuba resepi Gulai Pedas Ayam ini. Hidangan ini menaikkan rasa ayam menjadi pedas dan penuh rempah ratus seperti serai, daun kunyit dan halia. Sesuai sekali jika anda ingin menyediakan lauk ayam yang lain daripada yang lain.
Dapatkan resepi penuh Gulai Pedas Ayam di sini.
Walaupun resepi Gulai Kambing Tumis Darat ini nampak agak mencabar, tetapi sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu menumis semua bahan-bahan dan didihkan kuah kali sehingga mesra dengan daging kambing sahaja. Rasa daging kambing yang manis memang sesuai dipadankan bersama gulai kari.
Dapatkan resepi penuh Gulai Kambing Tumis Darat di sini.
Resepi Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum ini sememangnya cara yang terbaik untuk menikmati ikan keli. Ini kerana kuah gulai yang kaya dengan rempah ratus seperti kunyit, lengkuas dan asam gelugur ini menghilangkan rasa hanyir ikan keli. Ditambah pula dengan rasa pedas dari cili kering. Lazat betul!
Dapatkan resepi penuh Ikan Keli Gulai Berempah Dauh Kesum di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!