makan

5 Resepi Ikan Kukus Ringkas & Sedap Yang Anda Boleh Sediakan Dalam 30 Minit Je. Simple!

Jom hasilkan ikan kukus yang simple dan lazat kurang dari 30 minit!

Cover image via MyResipi

1. Ikan Kukus Ala Thai

Ikan Kukus Ala Thai

Image via MyResipi

Resepi Ikan Kukus Ala Thai ini sangat menyelerakan kerana mempunyai tiga elemen rasa iaitu manis, masin dan juga masam. Bukan itu sahaja, resepi ini juga sangat mudah kerana hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur seperti sos ikan, tomato, bawang, dan cili sahaja. Pasti lazat! 

Dapatkan resepi penuh Ikan Kukus Ala Thai di sini

2. Ikan Kukus Asam Boi

Ikan Kukus Asam Boi

Image via MyResipi

Untuk resepi yang unik, anda wajib mencuba resepi Ikan Kukus Asam Boi ini. Rasanya yang masam manis memang sesuai dimasak kukus bersama ikan. Selain itu, resepi ini juga sangat mengenyangkan dan menyihatkan kerana mempunyai banyak sayuran seperti lobak merah, labu dan tomato. 

Dapatkan resepi penuh Ikan Kukus Asam Boi di sini

3. Ikan Kukus Serai

Ikan Kukus Serai

Image via MyResipi

Untuk hidangan ikan yang mempunyai rasa fresh, resepi Ikan Kukus Serai ini sesuai sekali untuk anda. Resepi ini mempunyai banyak bahan-bahan aromatik seperti halia, serai dan daun sup yang menaikkan lagi rasa ikan. Ditambah pula dengan cili api dan cili merah, memang terangkat!

Dapatkan resepi penuh Ikan Kukus Serai di sini.

4. Ikan Kukus Bunga Kantan

Ikan Kukus Bunga Kantan

Image via MyResipi

Resepi Ikan Kukus Bunga Kantan ini simple sekali tetapi rasanya sangat luar biasa. Tambahan bunga kantan yang aromatik dan wangi meningkatkan lagi rasa ikan kukus ini. Ditambah pula dengan jus limau kasturi, memang lazat! 

Dapatkan resepi penuh Ikan Kukus Bunga Kantan di sini

5. Haruan Kukus Serai

Haruan Kukus Serai

Image via MyResipi

Hidangan Haruan Kukus Serai ini sememangnya unik sekali tetapi sangat sedap. Resepi ini mempunyai rasa pedas, masam dan juga manis yang pasti akan menaikkan selera anda. Ditambah pula dengan bahan aromatik seperti serai, memang layan! 

Dapatkan resepi penuh Haruan Kukus Serai di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi menarik di sini: