Kajian Baharu, Minum Kopi Setiap Hari Menyihatkan Usus & Kesejahteraan Mental
Kajian yang menunjukkan minum kopi setiap hari boleh menentukan hari anda.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Minum kopi setiap hari tidak kira dengan kaffein atau tidak telah terbukti untuk menjaga mikrobiom usus dan meningkat kesejahteraan mental
Satu kajian daripada Nature Communications baru-baru ini mendapati kopi boleh menjadi salah satu diet yang memberikan isyarat untuk bakteria usus sekali gus mencetuskan satu fungsi biologi yang berkaitan dengan fungsi otak dan kesihatan mental.
Menurut Ketua Penyelidik Professor John Cryan, Pengerusi Anatomi dan Neurosains dari University College Cork mengatakan kopi tidak lagi dilihat sebagai bahan yang hanya untuk peransang sistem saraf.
Selain daripada kafein, kopi mempunyai banyak polifenol dan serat tumbuhan yang memberikan bakteria baik untuk usus manusia.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Alida's FoodKajian ini memberi fokus kepada kaitan diantara sistem penghadaman dan otak, digelar microbia-gut brain axis
Analisa dari sampel tahi peminum kopi menunjukkan bakteria usus yang berbeza dan mempunyai lebih banyak Eggerthella dan Cryptobacterium curtum. Kedua-dua bakteria ini berkaitan dengan metabolisme tumbuhan dan kesihatan metabolik.
Mengikut kajian ini, peminum kopi telah mengikuti arahan yang tegas untuk tidak meminum kopi selama dua minggu. Mereka kemudian dibahagikan secara rawak untuk minum kopi berkafein atau tidak berkafein selama 20 hari.
Kedua-dua kumpulan menunjukkan tahap pengurangan untuk stres, impulsif, simptom kemurungan selepas diberikan kopi.
Kedua-dua jenis kopi ini telah mengeluarkan dua dapatan yang berbeza
Buat peserta yang minum kopi berkafein, mereka dilaporkan mempunyai tahap keresahan lebih rendah, fokus yang meningkat dan mengurangkan tekanan darah.
Bagi peserta yang minum kopi tidak berkafein dilaporkan peningkatan dalam tidur yang lebih baik, aktiviti fizikal dan fungsi memori.

Gambar sekadar hiasan.
Image via FacebookTetapi penyelidik mengatakan kajian ini masih memerlukan percubaan dengan lebih ramai orang kerana kajian in hanya mempunyai 62 peserta dewasa sahaja.
Dapatan ini sangat berkaitan dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia mempunyai budaya kopi yang sangat kuat sehingga wujudnya perkataan 'mengopi'. Dari kedai kampung, kedai kopitiam sehinggalah kedai kopi hipster.

Gambar sekadar hiasan.
Image via sandi.photography / pexelsKajian ini turut berkaitan dengan kajian kopi yang boleh mengurangkan umur biologikal. Kopi akan sentiasa dikaji dan selalunya akan meunjukkan banyak dapatan terbaru yang sudah pastinya berguna untuk semua orang serata global.
Peringatan: Informasi ini hanya untuk pembelajaran sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai nasihat perubatan peribadi. Dapatkan nasihat dari doktor mengenai kesihatan anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via