Daging Goreng Kunyit & 5 Lagi Resepi Lauk Daging Yang 'Simple' & Murah. Serius Lazat!
Sedap betul resepi lauk-lauk daging ini. Senang pulak tu!
1. Resepi Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit ini sangat mudah untuk dihasilkan kerana anda hanya perlu menumis semua bahan-bahan dalam satu kuali sahaja. Rasa daging juga sangat menyelerakan kerana diperap dengan kunyit terlebih dahulu. Simple dan lazat!
Dapatkan resepi Daging Goreng Kunyit di sini.
2. Resepi Bulgogi
Untuk peminat hidangan Korea, anda wajib sekali mencuba resepi Bulgogi ini. Apa yang menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan asas dapur yang murah dan mudah untuk didapati seperti gula perang dan kicap masin. Resepi ini juga mempunyai rasa yang padu sekali kerana mempunyai gabungan rasa manis dan masin.
Dapatkan resepi Bulgogi di sini.
3. Resepi Kebab Daging
Jika anda ingin menghidangkan sesuatu yang ringkas dan mengenyangkan, resepi Kebab Daging ini sesuai untuk anda. Resepi ini mempunyai kiub daging, lada benggala dan bawang besar. Mesti puas punyalah! Bukan itu sahaja, resepi ini juga mempunyai mint sauce yang menyelerakan sebagai dipping sauce.
Dapatkan resepi Kebab Daging di sini.
4. Resepi Stew Daging
Resepi Stew Daging ini sangat mudah untuk disediakan kerana anda hanya perlu menumis bahan-bahan dan renehkan sahaja. Walaupun simple, hasilnya sangat menakjubkan kerana mempunyai sup mempunyai rasa daging yang mantap. Manakala daging pula begitu lembut dan juicy sekali. Delicious!
Dapatkan resepi Stew Daging & Kentang di sini.
5. Resepi Cheesy Meatballs
Resepi Cheesy Meatballs memang sesuai untuk anak kecil. Resepi ini juga mempunyai inti keju mozarela leleh yang begitu menyelerakan. Ditambah pula dengan topping keju cheddar dan sos tomato. Memang layan. Resepi ini juga sihat kerana dimasak dengan ketuhar. Simple je!
Dapatkan resepi Cheesy Meatballs di sini.
6. Resepi Daging Teriyaki
Untuk lauk yang mudah dan flavorful, anda wajib mencuba resepi Daging Teriyaki ini. Resepi ini hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur seperti kicap cair, gula perang dan madu. Bukan itu sahaja, resepi ini juga mudah sekali kerana anda hanya perlu menumis semua bahan-bahan dalam satu kuali sahaja. 20 minit pun sudah boleh siap!
Dapatkan resepi penuh Daging Teriyaki di sini.
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!