Sempena Ulang Tahun Ke-40, NONGSHIM Lancar SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi Berkonsep SWICY

NONGSHIM mencipta sejarah sebagai jenama mi segera Korea pertama yang mencapai jualan global melebihi KRW20 trilion (RM55 trilion).

Enlarge text
Cover ImageCover image via NONGSHIM Malaysia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-40 NONGSHIM, jenama di sebalik mi segera No. 1 Korea, SHIN Ramyun

Sempena pencapaian bersejarah ini, NONGSHIM SHIN Ramyun memperkenalkan Stir Fry Kimchi, perisa baharu yang kaya dengan sentuhan "SWICY" (sweet & spicy, manis dan pedas) yang diinspirasikan daripada kimchi goreng kegemaran rakyat Korea, mengajak pencinta mi segera menikmati pengalaman rasa yang mengujakan.

Tahun bersejarah ini turut menyaksikan NONGSHIM SHIN Ramyun mencipta sejarah sebagai jenama mi segera Korea pertama yang mencapai jualan global melebihi KRW20 trilion. Sejak diperkenalkan pada tahun 1986, kira-kira 42.5 bilion pek NONGSHIM SHIN Ramyun telah terjual di seluruh dunia, ini mengukuhkan legasinya sebagai ikon sebenar masakan Korea yang terus dinikmati oleh jutaan pengguna di seluruh dunia.

Seiring cita rasa Korea yang terus menguasai trend makanan di media sosial di peringkat global, NONGSHIM SHIN Ramyun kekal menerajui inovasi menerusi pengenalan perisa-perisa baharu yang kaya, memenuhi cita rasa pengguna masa kini sambil mengekalkan identiti pedas ikoniknya. Pelancaran NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi menjadi satu lagi pencapaian penting dalam misi NONGSHIM untuk memperkenalkan cita rasa autentik Korea kepada pengguna di seluruh dunia.

Diinspirasikan daripada rasa yang kaya serta aroma menyelerakan kimchi goreng klasik Korea, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi menawarkan pengalaman "SWICY" (manis dan pedas) yang mengimbangi kepedasan, kemanisan dan umami yang berkekalan. Setiap helaian mi yang kenyal disaluti sos yang pekat dan dilengkapi cebisan kimchi asli serta sawi putih, menghasilkan hidangan yang memuaskan deria, menyelerakan dan sukar dilupakan.

SAYS.com
Image via NONGSHIM Malaysia
SAYS.com
Image via NONGSHIM Malaysia

Inovasi rasa khusus pasaran Malaysia

Perisa baharu ini menampilkan mi kenyal ikonik yang menjadi kegemaran peminat NONGSHIM SHIN Ramyun, kini dipadankan dengan sos yang lebih pekat dan kaya rasa bagi memberikan dimensi rasa yang lebih mendalam. Disahkan Halal dan dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi menawarkan gabungan kemudahan, keaslian dan keterangkuman kepada pengguna yang ingin menikmati pengalaman rasa Korea yang unik.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden NONGSHIM, Antonio Jo berkata, gabungan perisa terbaharu ini mencerminkan keupayaan jenama berkenaan untuk sentiasa relevan dengan selera semasa tanpa membelakangkan identiti asal produk mereka.

"Selama 40 tahun, NONGSHIM SHIN Ramyun telah membawakan cita rasa Korea yang kaya kepada pengguna di seluruh dunia, dan NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi mencerminkan bagaimana kami terus berkembang seiring trend makanan moden tanpa mengabaikan identiti pedas yang menjadi warisan kami," katanya.

SAYS.com

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden NONGSHIM, Antonio Jo

Image via NONGSHIM Malaysia

Tambah beliau lagi, sambutan ulang tahun ke-40 ini merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan lagi hubungan emosi bersama pengguna di seluruh ceruk dunia.

"Sempena sambutan ulang tahun bersejarah ini, kami kekal komited untuk terus berkongsi cita rasa autentik Korea serta inovasi kulinari dengan para peminat di seluruh dunia," katanaya.

Seiring peningkatan popularitinya di peringkat global, SHIN Ramyun terus mengembangkan rangkaian produknya dengan perisa-perisa inovatif yang memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah. Pelancaran NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi mengukuhkan lagi komitmen jenama ini dalam memperkenalkan pengalaman baharu yang diinspirasikan daripada cita rasa Korea, sambil mengekalkan kualiti premium dan rasa kaya yang menjadi identiti SHIN Ramyun.

Ketersediaan pasaran dan platform pembelian

Selain memperkenalkan produk terbaru, NONGSHIM turut membawa pendekatan pemasaran yang berbeza melalui kandungan hiburan digital. Selepas kejayaan drama mikro TikTok Salju Di Busan tahun lalu, syarikat itu kembali dengan musim kedua berjudul Impian Di Seoul yang sekali lagi menampilkan Khai Bahar dan Wany Hasrita sebagai watak utama, manakala Shahz Jaszle menyertai musim terbaru sebagai watak Cidi yang membawa pelbagai konflik dalam cerita.

Drama yang diterbitkan oleh Red Communications dan diarahkan oleh Umi Omar itu turut ditayangkan sempena Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) 2026. Ia menjadi antara drama mikro yang mendapat perhatian dalam festival tersebut, sekali gus membuktikan kandungan digital kini mampu berdiri sebaris dengan karya kreatif lain dalam menarik perhatian penonton.

Apa yang menjadikan Impian Di Seoul lebih menarik ialah penonton boleh memilih sendiri pengakhiran cerita melalui undian di TikTok. Pendekatan ini memberi peluang kepada peminat untuk turut menentukan perjalanan cerita, sekali gus menjadikan mereka lebih dekat dengan drama tersebut. Pada masa sama, NONGSHIM dapat mendekati pengguna melalui kandungan yang lebih santai dan sesuai dengan cara generasi muda menggunakan media sosial hari ini.

SAYS.com
Image via NONGSHIM Malaysia
SAYS.com
Image via NONGSHIM Malaysia

Sebagai rekod, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi kini boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara. Produk ini juga boleh dibeli melalui NONGSHIM Official Store di TikTok Shop. Sesuai untuk mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baharu mahupun sesiapa yang mengidamkan cita rasa autentik masakan Korea di rumah, NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi menawarkan rasa yang kaya, mudah disediakan dan benar-benar memuaskan.

Rasai sendiri sensasi "SWICY" yang kaya bersama NONGSHIM SHIN Ramyun Stir Fry Kimchi, di mana kepedasan yang membara, kemanisan yang memikat dan kelazatan umami bergabung untuk menghasilkan pengalaman menikmati cita rasa Korea yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web NONGSHIM atau hubungi mereka di media sosial:

  • Facebook: NONGSHIM Malaysia
  • Instagram: @nongshim_malaysia
  • TikTok: nongshim_malaysia
  • TikTok Shop: Nongshim Malaysia
  • RedNote: nongshimmalaysia

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: