makan

Lebih 24K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sup Telur Stail Cina Yang Ringkas Dan Enak

Hidangan sup telur ini bukan sahaja mudah untuk dibuat malah menjadi kegemaran anak-anak.

Cover image via Zurina Zulkefli/Facebook

Resepi ini akan menambat hati semua yang merasa

Sup yang jernih ini kelihatan simple tetapi sebenarnya amat memuaskan. Walaupun resepi ini ringkas sekali, rasanya amat unik dan akan membuat anda tambah berulang kali. Lagi pula jika dimakan panas-panas, memang syok! 

Untuk resepi kali ini, anda hanya memerlukan beberapa bahan asas dapur yang mudah dicari. Confirm boleh siap bawah 20 minit! Jom tengok resepinya?

Untuk resepi sup telur stail Cina yang ringkas dan sedap, ikuti perkongsian pengguna Facebook Zurina Zulkefli yang telah mendapat sebanyak 24k perkongsian!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Halia (dicincang halus)
  • Kiub pati ayam 
  • Filamen ketam (dihiris nipis)
  • Telur ayam 
  • Tepung jagung yang dibancuh bersama air
  • garam
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • Minyak bijan
  • Daun bawang

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan kiub pati ayam bersama bawang dan halia.

2. Biarkan sehingga mendidih.

3. Setelah air rebusan mendidih, masukkan filamen ketam yang telah dicarik dan biarkan masak. 
4. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat. 
5. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.

6. Tambahkan garam, cuka dan kicap pekat.

7. Hidangkan sup bersama sedikit minyak bijan dan daun bawang di atas. 

Apabila sup telur stail cina anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan panas-panas pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi menarik yang lain:

You may be interested in: