makan

Lebih 41K 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Lemang Moden Yang Lebih Mudah Untuk Dibuat

Lemang ini tidak memerlukan batang buluh, anda hanya perlukan cawan kertas sahaja!

Cover image via Zulena Ismail/Facebook

Dengan resepi lemang yang mudah ini, anda tidak perlu lagi tunggu sehingga hari raya untuk menikmati lemang yang umph!

Siapa tidak kenal menu lemang yang dinanti nantikan setiap syawal ini? Rasanya yang lemak masin memang menambat hati. Ditambah pula apabila dimakan dengan rendang, fuh memang sedap!

Tetapi, proses pembakaran lemang buluh sedikit sukar dan mengambil masa yang amat lama, terutamanya untuk yang duduk di bandar. Jadi, marilah kita cuba resepi lemang moden ini. Anda hanya perlukan pengukus dan cawan kertas pakai buang sahaja untuk menikmati lemang fresh di rumah sendiri! 

Untuk resepi lemang moden yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Zulena Ismail yang telah mendapat sebanyak 41k perkongsian!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Beras pulut
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Duan pisang
  • Cawan pakai buang

Mari lihat cara untuk membuatnya:

1. Pertama sekali, basuh dan toskan pulut beras dan ketepikan seketika.

2. Kemudian, bancuhkan santan, air dan garam sehingga cukup rasa (pastikan campuran sedikit pekat).

3. Setelah itu, lapikkan dalaman cawan kertas dengan daun pisang.

4. Seterusnya, masukkan beras pulut yang telah dibasuh sebentar tadi.

5. Kemudian, tuangkan air santan ke dalam cawan yang berisi beras pulut.

6. Tuangkan santan sehingga melebihi beras pulut dengan sedikit (jangan ketukkan cawan berisi beras pulut untuk memampatkannya).

7. Kemudian, kukuskan cawan berisi beras tersebut untuk 2 jam.
8. Selepas 2 jam, angkat lemang anda dan biarkan lemang sejuk sedikit untuk seketika. 

9. Kemudian, guntingkan cawan kertas yang membaluti lemang tersebut.
10. Akhir sekali, potongkan lemang mengikut ketebalan yang anda inginkan dan selamat menjamu selera!

Apabila lemang anda sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom lihat resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: