makan

Lebih 14k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Onde-Onde Yang Enak Dan Mudah Dibuat

Resepi onde-onde ini senang dibuat dan anak anak pun boleh tolong masak di dapur.

Cover image via Ayza Nur/Facebook

Warnai menu minum petang anda dengan onde-onde yang sedap dan comel ini

Onde-onde sememangnya salah satu kuih kegemaran rakyat Malaysia. Semua yang makan pasti akan jatuh cinta pada gigitan pertama. Kuih ini mempunyai luaran yang lemak masin dan letusan manis apabila digigit.

Walaupun kuih ini kelihatan rumit, onde-onde sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat di rumah. Anda hanya memerlukan 5 bahan asas dapur dan kelapa parut untuk menghasilkannya. Langkah untuk membuatnya juga mudah sahaja. Jom kita tengok resepinya?

Untuk resepi onde-onde yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Ayza Nur yang telah mendapat sebanyak 14k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih air daun pandan 
  • Sedikit pewarna hijau
  • Seketul gula melaka (dipotong dadu)
  • Sedikit garam
  • 1/2 biji kelapa parut (yang telah ditambah sedikit garam)

Jom kita lihat cara-cara untuk membuatnya:

1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam kedalam bekas.

2. Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.

3. Uli adunan sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.


4. Seterusnya, ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar ibu jari. 

5. Kemudian, leperkan bulatan doh-doh tersebut.
Image via fbcdn.net
6. Selepas itu, letakkan gula melaka yang telah dipotong dadu di tengah leperan doh tersebut.

7. Taburkan tepung gandum ke dalam dulang.

8. Bulatkan semua adunan tadi sehingga habis dan susunkannya di atas dulang tersebut.

9. Didihkan air di dalam periuk.

10. Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih dengan hati hati.

11. Biarkan sehingga kuih timbul di permukaan air.

12. Kemudian, angkat kuih tersebut dan toskan airnya.

13. Akhir sekali, golekkan kuih tadi ke dalam kelapa parut, dan siap!

Tips masakan: Anda boleh kukuskan kelapa parut terlebih dahulu supaya kuih onde-onde anda tahan lebih lama.

Apabila onde-onde ada sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan pada keluarga tercinta dan confirm mereka akan suka!

Sumber resepi: Ayza Nur.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom tengok resepi-resepi sedap yang lain:

You may be interested in: