makan

Lebih 19k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Telur Sardin Yang Sedap Dan Simple

Resepi roti telur sardin yang mudah dibuat untuk seisi keluarga di petang hari!

Cover image via Zur Ain Salim/Facebook

Resepi roti telur sardin ini memberikan twist kepada roti telur biasa menggunakan bahan bahan dapur yang simple sahaja

Untuk memberi kelainan dalam menu harian sekeluarga, anda boleh lah cuba resepi ringkas ini. Walaupun resepi ini hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur, anda pasti terkejut dan berpuas hati dengan rasanya yang cukup enak. Dapur juga akan harum semerbak!

Mari cuba resepi ini untuk minum petang? Kalau anda mahu buat untuk breakfast pun, apa salahnya? Yang penting, memang sedap!

Untuk resepi roti telur sardin yang ringkas dan enak, ikuti perkongsian pengguna Facebook Zur Ain Salim yang telah mendapat sebanyak 19.4k shares!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 tin kecil sardin
  • ½ biji bawang holland
  • 3 biji cili padi
  • Sedikit daun sup 
  • Daun bawang
  • Garam
  • Lada hitam atau lada sulah
  • 3-4 biji telur
  • Roti keping

Jom ikuti cara-cara membuatnya

1. Lenyekkan ikan sardin dan simpan sedikit sosnya.

2. Kemudian, cincangkan bawang holland, cili padi, daun sup dan daun bawang.

3. Seterusnya, gaulkan ikan sardin, telur, bawang holland, cili padi, daun sup, daun bawang, garam dan lada sulah bersama.


4. Gaulkan sehingga rata.

5. Celupkan kepingan roti ke dalam bahan-bahan yang telah dicampur tadi.

6. Kemudian, panaskan minyak masak dan gorengkan roti yang telah dicelup sebentar tadi.

Apabila roti telur sardin sudah siap, inilah hasilnya. Hidangkan bersama teh o panas, confirm semua akan suka!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom tengok resepi-resepi enak yang lain:

You may be interested in: